Mendonia! Logo Selangor FA Terpampang Dalam Klip Video Deep Purple

Selangor FA merupakan sebuah pasukan yang dikenali ramai. Tak kisahlah di dalam negara ataupun di luar negara.

Pasukan yang memiliki banyak sekali kejayaan sejak dari awal penubuhan pasukan bola sepak yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Pada 20 Mac 2020, iaitu semalam, Deep Purple mengeluarkan klip video rasmi untuk lagu “Throw My Bones” yang dipetik dari album terbaru mereka “Whoosh!”.

Album tersebut bakal dikeluarkan di pasaran pada 20 Jun 2020 yang akan datang. Jadi, klip video ini adalah sebahagian daripada promosi album kumpulan legenda tersebut.

Di dalam klip video tersebut telah terlihat logo pasukan Selangor FA. Korang boleh pergi terus ke minit 00:36′ untuk melihatnya sendiri.

Ianya pasti memberikan senyuman kepada Selangor FA kerana publisiti. Selain itu, Joma pun bertuahlah kerana terpampang sekali logo koporat mereka pada jersi tersebut.

Lagu Throw My Bones ini memang agak groove sikit. Walaupun tidak terlalu klasik Deep Purple, namun ianya masih lagi menunjukkan identiti rock yang dibawakan oleh Deep Purple.

Ini juga membuktikan bahawa kumpulan otai ini masih mampu menghasilkan muzik yang menikam kalbu para peminat rock.

TOLUCA, MEXICO – MARCH 14: Ian Gillan of Deep Purple performs on stage during first day of Hell And Heaven 2020 on March 14, 2020 in Toluca, Mexico. (Photo by Medios y Media/Getty Images)

Deep Purple merupakan antara kumpulan rock paling berpengaruh sepanjang zaman. Kumpulan legenda itu akan melancarkan album studio mereka yang ke-21 berjudul Whoosh! pada 12 Jun.

Album Whoosh! menyatukan semula band ini dengan produser legenda Bob Ezrin, yang bekerjasama dengan mereka dalam dua album terakhir band ikonik tersebut.

Whoosh! hadir menemui peminat setelah empat tahun induksi Deep Purple ke Rock and Roll Hall of Fame.

Ian Gillan, Roger Glover, Ian Paice, Steve Morse, dan Don Airey kembali dengan menulis dan merekodkan Whoosh! di Nashville atas jemputan dari Ezrin.

Ezrin ni memang terkenal di kalangan peminat rock kerana menghasilkan album berhantu untuk Pink Floyd, Alice Cooper, dan Tim Curry.

Deep Purple memulakan kerjaya mereka pada tahun 1968 dengan album Shades Of Deep Purple.

Band ini terdiri daripada gitaris Ritchie Blackmore, keyboardman Jon Lord, drummer Ian Paice, bassis Nick Simper, dan vokalis Rod Evans.

Ian Gillan mengambil alih sebagai frontman dan Roger Glover menggantikan Simper pada posisi bass.

Sejak penubuhannya, Deep Purple telah menghasilkan banyak sekali album. Mereka juga sudah banyak menjelajah ke serata dunia untuk melakukan persembahan.

Nak sebut mana satu lagu mereka yang sedap, memang susah nak pilih wei.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai