Mengenali De Bruyne Yang ‘Degil Seperti Keldai’ Bertukar Menjadi Pemain Tengah Paling Sempurna Di Dunia

Kevin De Bruyne diberi gelaran tumble dryer oleh rakannya kerana kedinginannya membalas wasap. Dia hanya membalas seringkas mungkin jika sesiapa wasap kepadanya.

Tumble dryer ini akhirnya berubah menjadi salah satu pemain tengah paling sempurna dan terbaik di dunia.

Bekas jurulatih ketika remajanya, Frank De Leyn mengatakan dia mempunyai sifat degil yang kuat.

“Dia sangat degil seperti keldai, tetapi saya rasa sifat keras kepala itulah menjadikannya seperti sekarang.”

Peningkatan De Bruyne agak luar biasa dan wajar untuk mengatakan dia sudah mencapai tahap yang berbeza.

Dia tidak tidak seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Dia berada dalam kategorinya sendiri.

Pemainannya begitu menonjol untuk Manchester City. Menjadi pemain terbaik dalam pasukan terbaik.

Majoriti masanya dia adalah lelaki yang tenang.

Dalam salah satu perlawanan, doktor kelab mengambil sampel air liurnya dan melakukan ujian. Tahap tekanannya berada di tahap paling rendah.

Apabila De Bruyne berada ditengah padang sikapnya boleh bertukar menjadi bengis dan meledak.

“Selepas pengadil meniupkan wisel permainan anda akan melihat Kevin yang lain.” seperti yang pernah dikatakan De Bruyne

MULA MENUNJUKKAN SIFAT SEBENAR

Kevin De Bruyne pernah menegur pemain bintang pasukan Gent, Elyaniv Barda kerana tidak berusaha keras dalam sesi latihan.

De Bruyne ketika itu baru berusia 19 tahun.

Dalam satu temubual TV separuh masa pertama pada Februari 2012, dia menjadi terkenal selepas menuduh rakan sepasukannya tidak memberi yang terbaik dalam perlawanan.

“Saya malu dengan mereka. Saya mencadangkan mereka yang tidak mempunyai keinginan untuk bermain sila pergi.”

Ketika di Wolfsburg dia dirakam oleh kamera bergaduh dengan budak pengutip bola. De Bruyne menjerit kepada budak pengutip bola ‘bagi bola itu kepada saya pukimak’.

Dia kemudiannya meminta maaf dan menghadiahkan sehelai jersi yang ditandatangi kepada budak tersebut. Sebahagian kemarahan itu bukan berniat jahat. Ia adalah semangat ingin menang dalam dirinya terlalu tinggi.

Kejujuran, kemahuan kuat dan kesungguhan untuk mencapai matlamat telah sebati dengan dirinya.

SANGAT BERDISIPLIN PADA USIA MUDA

Ketika berusia 11 tahun De Bruyne mengatakan kepada ibunya untuk belajar bahasa Latin – selama 2 tahun.

Dia perlu pergi ke Topsport School dan selepas berusia 18 tahun dia perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bola sepak.

Rancangan itu dipatuhinya.

Dirumahnya di Drongen, bilik tidurnya dilekatkan dengan hiasan peralatan Liverpool.

Ibunya seorang Belgium yang lahir di Burundi dan dibesarkan di London. Datuknya menanam semangat Liverpool dalam diri De Bruyne.

Ketika De Bruyne masih muda, dia tidur diatas tilam yang dipasang cadar Liverpool.

Dia memakai tracksuits LFC, baju t-shirt replica Michael Owen yang usang.

Ia merupakan koleksi peribadi kebanggaannya.

KAKI KIRI DE BRUYNE MENJADI KUAT

Seperti kanak-kanak lain dia akan bermain bola tidak kira masa dan di mana-mana dia boleh.

Salah satunya di halaman rumah rakannya. Disitulah dia melatih kaki kirinya yang masih lemah.

De Bruyne dan rakan-rakannya akan merosakan pokok bunga di halaman tersebut. Akhirnya dia cuma dibenarkan bermain dengan sebiji bola plastik.

Selepas berunding mereka dibenarkan bermain dengan bola sebenar tetapi dengan menggunakan kaki lemah.

Kelemahan itu akhirnya menjadi aset bernilai. De Bruyne banyak berlatih dengan menggunakan kaki kiri sehingga hampir sama baik dengan kaki kanannya.

SIKAPNYA SERING DISALAH ANGGAP

Pada awal kariernya De Bruyne terpaksa melawan persepsi, ramai mengatakan dia mempunyai karektor rumit.

Pada usia 8 tahun dia memberitahu jurulatih VV Drongen untuk menyertai Gent. De Bruyne mengatakan disana dia akan mendapat sesi latihan yang lebih baik.

Salah seorang jurulatih di Gent mempunyai misi untuk menjinakkan De Bruyne.

De Bruyne yang mempunyai sifat kritikal terhadap dirinya sendiri, sering tidak faham mengapa jurulatih selalu memarahinya walaupun sudah menampilkan prestasi baik.

De Bruyne menyertai Gent pada usia 14 tahun. Meninggalkan rumah untuk mencuba nasib kerana dia suka gaya permainan mereka.

Di Gent dia menemui sesuatu yang mengubahnya seumur hidup. Membuatkannya lebih bertekad untuk berjaya.

Pada tahun kedua De Bruyne tinggal bersama keluarganya tetapi kerana sikapnya yang kurang bercakap dan dingin, keluarganya memberitahu kelab mereka tidak mahu lagi De Bruyne bersama kelab.

De Bruyne kecewa dan mengatakan orang mengatakan saya ‘tidak mahu’ kerana karektor buruk itu.

Pada ketika itu De Bruyne berkata kepada dirinya sendiri ‘mari kita lihat siapa yang memberi kata akhir’.

DE BRUYNE MENUJU KE TAHAP LEBIH TINGGI

De Bruyne menjadi bintang pasukan B21 tahun Belgium, membekalkan banyak hantaran lintang kepada Christian Benteke dan melakukan debut pada usia 17 tahun.

Hein Vanhaezebrouck merupakan bekas pengurusnya memanggil De Bruyne sebagai Cruff moden.

Selepas De Bruyne memenangi Liga Belgium bersama Gent, Chelsea menandatanganinya sebagai pelan untuk menggantikan Frank Lampard.

Sepanjang 18 bulan disana sikapnya sekali menjadi persoalan tetapi dia mempunyai tempoh baik ketika dipinjamkan ke Werder Bremen.

Ketika disanana, Jurgen Klopp berminat untuk membawanya ke Borussia Dortmund sebagai pengganti Mario Gotze.

Klopp memancing De Bruyne melalui panggilan telefon dan mesej teks. Secara peribadi mereka bersetuju.

De Bruyne bertanya kepada Chelsea sama ada dia boleh pergi atau tidak tetapi Jose Mourinho memberitahu De Bruyne melalui telefon, dia adalah good player pasukan dan tidak akan kemana-mana.

DE BRUYNE MAHU LEBIH BERJAYA

Dia tidak mendapat banyak peluang di Chelsea dan mood De Bruyne di Chelsea semakin buruk selepas ditegur secara terbuka oleh Mourinho.

Ia berlaku ketika De Bruyne menampilkan persembahan mengecewakan menentang Swindon Town di Piala Liga (Carabao).

“Saya tidak suka cara dia bermain bertemu Swindon dan saya tidak suka caranya dalam sesi latihan.” Jose Mourinho

Pada bulan November selepas hanya bermain beberapa minit di Piala Liga dan Liga Juara-Juara, De Bruyne memutuskan untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa depannya.

De Bruyne tidak gembira sebagai pemain yang dipinjam keluar yang sering dilakukan Chelsea kepada pemain mudanya.

Pada Disember De Bruyne bertemu dengan ejennya, Mourinho dan ahli lembaga pengarah kelab. De Bruyne bercakap dengan apa yang dikatakan Mourinho kepadanya.

“Dia menunjukkan statistik attacking midfielder kepada kami. Gol, bantuan, peratus hantaran, dribbles dan keputusan melakukan tindakan.”

“Dia ini menggambarkan prestasi saya tidak seperti pemain lain.”

“Saya menjawabnya, maaf itu tidak logik. Saya hanya bermain sedikit perlawanan. Bagaimana anda boleh membuat perbandingan. Itu tidak adil”

“Mourinho memberitahu saya mengenai persaingan, berlatih bersungguh-sungguh dan anda sentiasa ada peluang bermain.”

“Dia juga menjelasakan bahawa dia tidak mahu melepaskan saya, bahkan tidak untuk dipinjamkan keranan anda adalah good player.”

“Saya memberitahunya saya mempunyai perasaan ‘tidak akan mendapat peluang yang adil’. Ketika itu Chelsea melihat ruang untuk menjual saya.”

Wolfsburg melakukan pembelian bernilai € 25 juta, satu keputusan yang tidak akan dikesali oleh kelab Jerman itu.

De Bruyne mempunyai poin untuk dibuktikan dan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

DE BRUYNE KEMBALI KE EPL DAN BUKTIKAN ONE TOUCH PASSING TERBAIK DI DUNIA

Bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte pernah bercakap tentang kekecewaannya kerana Chelsea membenarkan De Bruyne pergi.

Ia berlaku ketika pemain Belgium itu menjaringkan gol kemenangan untuk Manchester City dalam pertemuan Liga Perdana bertemu Chelsea yang berada dibawah Conte.

Terbukti Pep Guardiola telah mendapat lebih banyak kemenangan daripada De Bruyne berbanding Murinho.

De Bruyne pernah menagatakan, secara taktik Guardiola adalah pengurus terbaik pernah dia bekerjasama. Dia memikirkan bola sepak serupa dirinya.

“Saya suka gaya dan cepat memahami ideanya. Itulah salah satu sebab saya berasa lebih baik.”

Pengendali Sepanyol itu mahu pasukannya menghantar bola dengan lebih cepat dan menerapkan tekanan kuat secara berterusan.

Pemain perlu memikirkan ke depan dan apa langkah seterusnya ketika melakukan hantaran.

De Bruyne mempunyai daya fikir yang cepat dan mempunyai kemahiran teknikal untuk melakukannya dengan bola.

Dia tidak hanya melihat apa yang harus dilakukannya tetapi juga apa yang dapat menyudahkannya.

VERSATILI POSISI MEMBANTU DE BRUYNE MEMBACA KEMANA BOLA HARUS DIHANTAR

Manchester City menampilkan permainan bola sepak menarik dibawah musim pertama Guardiola disana.

De Bruyne berpasangan dengan David Silva di bahagian tengah.

Namun dengan kekurangan pemain di bahagian pertahanan sisi Guardiola terpaksa mengerakkan De Bruyne dalam posisi dan sistem berbeza.

Dia bermain di bahagian sayap, bahkan sebagai pemain no.9 palsu kadang kala di bek sayap.

De Bruyne tidak mengeluh dan mengatakan ia membantu dirinya.

“Memainkan saya dalam posisi berbeza membantu saya memahami pemain lain.”

“Mengetahui apa yang mereka fikirkan, dimana dan bagaimana mereka bergerak.”

Pada musim 2017 De Bruyne menyumbang 18 bantuan di Liga Perdana lebih banyak dari mana-mana pemain.

DE BRUYNE MENJADI PEMUSNAH APABILA PEMAIN DI SEKELILINGNYA LEBIH PANTAS

De Bruyne tahu dia akan mencapai tahap lebih tinggi pada musim-musim seterusnya. Dia telah menggunakan falsafah pengurusnya dan merasakan Guardiola telah menjadikannya pemain yang lebih baik.

Selain itu dari segi taktikal dia lebih berdisiplin dari sebelumnya. Peningkatan hantaran berjaya naik kepada 84% dari 78%.

Ketika pasukan (semua pemain) sudah menguasai sistem, dia dapat beralih ruang lain dengan lebih mudah.

Pergerakkan pantas pemain di sekelilingnya menjadikan De Bruyne lebih kejam melalui hantaran pantasnya.

Dalam geometri permainan dan segitiga Guardiola, De Bruyne adalah segmen yang menghubungkan mereka semua.

Dia berada di tengah-tengah semua serangan pasukan.

SEORANG YANG SEDERHANA DALAM KEHIDUPAN

De Bruyne bukan seorang pemain yang menandatangi kontrak bertujuan meraih wang sebanyak mungkin.

Dia merupakan seorang yang berfikir dua kali jika mahu membeli barang yang mahal.

De Bruyne pernah keluar dari bar apabila mereka mahu menjual sebotol Coca Cola dengan harga £26.

Di luar padang De Bruyne dia tidak meminati apa-apa selain meluangkan masa bersama isterinya Michele dan anaknya Mason Milian.

 

Baca yang lain