Menjelaskan Situasi Rumit Penalti+Kad Merah Azam Azmi, Boleh Ke Dapat Penalti Insiden Luar Kotak?

Malaysia dan Vietnam sentiasa hadir dengan aksi panas. Dalam aksi antara kedua dua pasukan, pengadil memberikan sepakan penalti dan kad merah kontroversi kepada pasukan Malaysia.

Kedua dua pasikan bermainan permainan terbuka sejak minit pertama. Pada minit ke-9, Malaysia membuka peluang pertama untuk memecah masuk ke gawang Vietnam menerusi aksi Mukhairi Ajmil daripada serangan dari bahagian sayap.

Larian sehingga 15 minit, tekanan Malaysia dominan. Ketegangan perlawanan adalah tinggi. Pelanggaran berlaku untuk menghalang pihak lawan daripada membahayakan gawang.

Vietnam dan Malaysia masing masing memiliki beberapa gerakan bahaya pada awal 20 minit pertama.

Bagaimanapun, Vietnam membuka pendahuluan pada minit ke-28, Nguyen Tien Linh menanduk masuk dengan bouncing header hasil umpanan daripada sepakan sudut Do Hung Dung.

Pada minit ke-33 Nguyen Van Toan mengasari Dominic Tan dan dia mendapat kad kuning kedua dan secara automatik dibuang padang.

Walaupun bermain dengan 10 pemain, Naga Emas tetap mengasak dan menghadirkan peluang gol lebih baik. Pada minit ke-39 Ho Tan Tai hampir membolosi gawang Harimau Malaya hasil daripada situasi sepakan percuma.

Lima minit sebelum rehat, Malaysia dua kali melancarkan ancaman bahaya ke gawang Vietnam. Namun penjaga gol Dang Van Lam kental di gawangnya.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia segera mengamalkan corak permainan menyerang.

Malaysia cuba untuk menggunakan kelebihan seorang pemain. Namun sebenarnya, Vietnam berjaya meneutralkan aksi Malaysia dengan 10 pemain cuba bertahan secara zonal.

Vietnam mencetuskan beberapa siri ancaman daripada serangan balas kerana kelemahan Malaysia sendiri dalam mengekalkan penguasaan.

Pada minit ke-59, pengadil Ryuji Sato dari Jepun tiba tiba memberikan sepakan penalti kepada Vietnam. Ianya selepas Azam Azmi dianggap melakukan kesalahan terhadap pemain Vietnam. Azam turut dilayangkan kad merah.

Pemain pemain Malaysia membantah penalti itu yang ternyata sangat kontroversi. Pemain Vietnam merempuh Azam Azmi, dan pemain Malaysia itu memberikan reaksi di luar kotak penalti.

Que Ngoc Hai dengan tenang memperdayakan Syihan Hazmi pada minit ke-64.

Dalam aksi dengan 10 lawan 10, permainan terbuka sekali lagi dipersembahkan. Vietnam tampil lebih dominan dan beberapa peluang dicipta.

Malaysia bertahan dengan baik sehinggalah minit ke-83, berpunca daripada erangan balas, Vietnam menghasilkan gol. Nguyen Quang Hai melepaskan bola kepada Nguyen Hoang Duc  yang menyempurnakan gol ketiga.

Vietnam menang 3-0. Namun selepas tamat perlawanan, pemain pemain  Malaysia mempersoalkan tindakan pengadil.

Di media sosial, ref dari Jepun, Ryuji Sato menjadi sasaran peminat Malaysia. Kerana sebelum ini dia turut memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam ketika menentang Malaysia.

Malah ada mempersoalkan kredibiliti pengadil tersebut yang pernah bekerja dengan majikan di Vietnam.

Situasi 1: Pemain Malaysia melakukan serangan fizikal di luar kotak penalti

Untuk menjelaskan situasi penalti Vietnam tersebut. Jika pemain Malaysia benar benar melakukan kekasaran dengan sengaja di luar kotak penalti di hujung padang. Dan pemain Vietnam pula dinilai melakukan terjahan bersih atau fair challenge, biasanya dengan body charge atau shoulder challenge.

Maka pengadil adalah tepat memberikan sepakan penalti. Ini kerana dalam peraturan permainan, sebarang insiden yang berlaku di luar padang, makan sepakan percuma harus diambil di kawasan terdekat.

Dalam situasi tersebut, pengadil menilai pemain Malaysia sebagai melakukan kekasaran ke atas pemain Vietnam di luar kotak penalti. Dan dia memberikan penalti.

Boleh ke bagi penalti kalau insiden di luar kotak? Boleh!

Jadi, ianya bukan perkara mengejutkan untuk melihat penalti diberikan kepada Vietnam, jika pengadil merasakan bahawa pemain Vietnam tak melakukan kekasaran tetapi dikasari di luar padang berdekatan kotak penalti.

Peraturan menyebut bahawa, pemain dibenarkan menjaringkan gol daripada sepakan penalti sekalipun bukannya indirect free kick seperti mana beberapa kesalahan lain.

Perkara seperti ini memang rare berlaku.

Ya, benda macam ni memang rumit dalam bola sepak. Tetapi sebenarnya, penalti untuk insiden di luar kotak penalti boleh diberikan oleh pengadil. Mungkin pemain pemain Malaysia harus cakna isu ini.

Situasi 2: Azam Azmi cuba keluar daripada pergelutan

Seterusnya, seorang lagi pakar ulasan bola sepak Lee Seng Foo menilai tindakan Azam Azmi sebagai cuba mengeluarkan diri dengan meronta ronta cuba melepaskan diri daripada Doan Van Hau dan membawa kepada kontak tidak sengaja.

Jika benar kontak dilakukan secara tak sengaja, maka pengadil adalah silap memberikan kad merah kepada Azam Azmi.

Dalam insiden ini, pengadil mungkin akan menghentikan permainan dan membenarkan pemain menerima rawatan.

Situasi 3: Bagaimana kekasaran pemain Vietnam?

Tetapi sebelum kekasaran oleh Azam Azmi tersebut, pemain Malaysia itu dirempuh dengan keras oleh pemain Vietnam yang berkemungkinan insiden itu seharusnya memberikan foul kepada Malaysia. Mungkin perkara ini yang boleh diperdebatkan sebenarnya.

Adakah Malaysia yang seharusnya mendapat sepakan percuma lebih awal? Kerana rempuhan daripada pemain Vietnam itu bersifat kekasaran lewat ataupun late challenge.

Jika pengadil menilai kekasaran awal itu, maka dia boleh memberikan foul dan sepakan percuma kepada Malaysia, namun dia berhak untuk membuang Azam Azmi dengan kad merah jika dia mendapati pemain itu melakukan serangan ke atas pemain Vietnam secara fizikal.

Boleh ke bagi kad merah kepada pemain Malaysia walaupun foul dilakukan pemain Vietnam? Boleh, untuk sebarang serangan fizikal yang dianggap keterlaluan ataupun ganas, maka pengadil berhak membuang padang mana mana pemain walaupun mereka mendapat sepakan percuma sekalipun.

Jadi, pada pandangan anda, adakah pengadil membuat keputusan tepat atau sebaliknya?

Apa yang pasti prestasi Ryuji Sato dalam perlawanan ini memang tidak begitu memuaskan. Misalnya insiden ini yang tidak mendapat sebarang kad.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi