Messi Buat U Turn, Tak Jadi Lanjutkan Kontrak Dengan PSG Selepas Menang Piala Dunia

PSG kini berdepan tamparan hebat apabila juara dunia, Lionel Messi dilaporkan telah mengubah fikirannya dalam rundingan kontrak baharu.

Messi masih belum melanjutkan kontrak dengan PSG, walaupun ada tawaran yang sangat lumayan di atas mejanya.

PSG sebelum ini menyatakan bahawa mereka mahu Messi kekal dan yakin pemain itu akan terus kekal.

Beberapa bulan lalu, L’Equipe melaporkan bahawa Messi sedia untuk terus kekal di PSG. Sekaligus menutup ruang untuknya kembali ke Barcelona ataupun menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat.

Messi dilaporkan telah mengubah fikirannya tentang masa depannya dan tidak akan menandatangani perjanjian baharu di Paris Saint-Germain.

Bermakna, penyerang itu akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini.

Messi telah menjadi salah seorang bintang yang menonjol dalam Ligue 1 setakat musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dan membantu 10 assist dalam 15 penampilan, membantu kelab itu mendahului tiga mata di puncak liga.

Kontrak penyerang itu tamat pada penghujung musim walaupun PSG lantang menyatakan bahawa mereka berminat untuk mengekalkan khidmatnya.

Namun rundingan tergendala seketika kerana Messi memberikan tumpuan kepada Piala Dunia.

Sekembalinya ke kelab itu, dilaporkan bekas bintang Barcelona itu telah bersetuju dengan perjanjian baharu dengan kelab juara Perancis itu.

Bagaimanapun, dia telah berubah fikiran dan kini sedang meneroka pilihan lain, menurut Gerard Romero.

Messi ‘tiada niat’ untuk kekal bersama PSG, yang dijangka menarik perhatian banyak kelab di dalam dan luar Eropah.

Pasukan MLS, Inter Miami sebelum ini telah disebut sebagai destinasi yang mungkin untuk pemenang Ballon d’Or tujuh kali, setelah berbincang dengan David Beckham mengenai perpindahan itu.

Messi pernah menyatakan dia dan isterinya sukakan kehidupan di Amerika Syarikat dan tidak menolak akan menamatkan kariernya di Amerika Syarikat.

Seterusnya terdapat juga laporan menyatakan bahawa kelab dari Arab Saudi, Al Hilal sedia menawarkan kontrak €300 juta semusim untuk Messi.

Tetapi buat masa ini, tiada rundingan antara Messi dan Al Hilal.

PSG masih berharap pemain itu akan terus kekal bersama dengan mereka.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi