Messi Punca Kehambaran Coutinho Di Barcelona

Bekas pemain tengah Barcelona, Ronald De Boer dengan beraninya menyalahkan Lionel Messi sebagai punca kenapa Phillipe Coutinho gagal beraksi cemerlang di Barcelona selepas prestasi luar biasa di Anfield.

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool dalam perjanjian €160 juta pada 2018. Menjadikannya perpindahan kedua termahal dalam dunia.

Beliau meninggalkan Liverpool dengan reputasi dan membawa harapan yang tinggi kepada peminat Barcelona.

Namun perpindahannya ke Sepanyol tidak seindah yang beliau harapkan. Di mana Coutinho menyatakan bahawa, impiannya menjadi kenyataan apabila berkesempatan menyarung jersi pasukan idolanya dari kecil.

De Boer berkata, Coutinho tidak dapat beraksi baik secara defensif apabila bergandingan dengan Lionel Messi.

“Saya rasa Coutinho adalah pemain yang menjadi saluran kepada semuanya ketika di Liverpool. Di mana setiap bola akan melaluinya ketika di sana.”

“Itu membuatkannya kurang bekerja, secara asasnya, sama dengan apa yang dilakukan Messi di Barcelona.”

“Dan kamu melihat segalanya bekerja dengan baik, ianya macam mesin.”

“Jika seorang pemain tidak melakukannya [tugas defensif], kamu boleh lagi kendalikannya, namun apabila dua pemain yang sama, dan mereka berdua mahukan setiap bola melalui mereka dalam posisi istimewa di dalam pasukan, maka kamu akan melihat kerapuhan pasukan itu.”

“Rasanya kita semua sudah melihat perkara itu di Barcelona. Di mana hanya Messi yang melakukan permainan seperti itu di sana.”

“Kesannya, pasukan perlu beradaptasi dengan pemain seperti ini. Dan jika satu pasukan terpaksa beradaptasi untuk dua pemain seperti ini, maka ianya akan menjadi sangat sukar.”

“Saya rasa Coutinho pemain yang luar biasa. Cuma kadangkala dia tak sesuai dengan ‘puzzle’. Mungkin dengan kelab lain dia akan kembalikan semula prestasinya.”

“Ini bukan bermakna dia pemain yang teruk. Ini bukan bermakna kamu bukan pemain kelas dunia apabila tidak dapat bermain untuk Barca – bukan!”

“Ianya kadangkala pasukan itu tak sesuai dengan cara permainan kamu. Dan kadangkala kamu bernasib malang. Coutinho bukan bernasib malang. Tetapi kerana Messi sudah menjadi pemain yang memainkan peranan itu, dan kamu perlu melakukan perubahan sedikit untuk menukar gaya permainan kamu.”

“Jadi, agak kasihan kepada Coutinho. Namun saya rasa dia akan OK.”

Coutinho menyertai Bayern Munich secara pinjaman dan masih gagal meyakinkan kelab itu untuk mendapatkan beliau secara tetap.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid