Mo Salah Adiwira Dunia Nyata, Bersemuka Dan Sekolahkan Pembuli Gelandangan

Bintang Liverpool, Mohamed Salah hari ini telah memenangi hati ramai. Ini apabila tular satu video menunjukkan Salah membantu gelandangan yang dibuli berdekatan dengan Anfield.

Salah digelar sebagai hero di dunia nyata oleh netizen dari segenap dunia.

Kejadian itu berlaku pada September lalu. Atau lebih tepat pada malam selepas beliau tamat tugasan dengan Liverpool di atas padang.

Salah membantu Liverpool menang 3-1 ke atas Arsenal pada malam itu.

Salah dalam perjalanan balik ke rumahnya dan ketika Salah sedang singgah mengisi minyak, dia melihat gelandangan bernama David Craig dibuli oleh sekumpulan kecil lelaki.

Tidak suka dengan apa yang dia lihat, Mo Salah dengan beraning bersemuka dengan pembuli dan menyekolahkan mereka.

Salah turut mengingatkan mereka bahawa tindakan itu tidak baik dan suatu hari nanti, mungkin salah seorang daripada pembuli itu akan mengalami nasih yang sama kerana tidak mempunyai wang ketika itu.

Tindakan Mohamed Salah itu benar benar dihargai oleh gelandangan itu yang membantunya bersemuka dengan pemuli tersebut. Menurutnya, tidak ramai orang akan berani ataupun ‘ada masa’ untuk membantu gelandangan sepertinya dalam kedaan tersebut.

Craig berkata: “Mo serba serbi hebat sama seperti yang dia lakukan bersama Liverpool di atas padang.”

“Dia mendengar sekumpulan lelaki mengasari saya dan dia datang lalu memberitahu mereka: “Ini mungkin terjadi kepada kamu dalam beberapa tahun lagi.”

“Yang saya tahu, saya seperti berhalusinasi apabila Mo memberikan saya wang £100. Dia memang legenda sejati.”

“Mo melihat lelaki lelaki itu berkasar dengan saya. Mereka memanggil nama saya dan bertanya, kenapa saya malas bekerja?”

“Dia melihat apa yang berlaku dan selepas itu dia pergi ke mesin ATM. Saya lebih daripada terkedu. Saya peminat fanatik dia.”

“Mo adalah adiwira dunia nyata di mata saya. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepadanya.”

Mo Salah memang seorang yang baik hati. Beliaua banyak melakukan kebajikan. Antaranya mebiayai pembinaan hospital dan sekolah di Mesir pada 2 tahun lalu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai