Moto2: Hafizh Syahrin Top 10, Bastianini Terus Unggul

Aksi Moto2 GP Czech 2020 menyaksikan pelumba dari negara kita, Hafizh Syahrin menamatkan saingan di tangga ke-9.

Sementara itu, Bastianini menjadi juara dengan mencatat kemenangan keduanya.

Bastianini mencatat kemenangan berturut-turut setelah sebelum ini memenangi siri GP Andalusia.

Hafizh Syahrin memulakan perlumbaan dari petak keempat ataupun daripada barisan kedua.

Hafizh Syahrin pada awalnya gagal mempamerkan tunggangan terbaiknya.

Tidak pasti sama ada beliau gugup atau isi teknikal pada pusingan awal.

Namun mujur beliau berjaya juga menamatkan saingan dalam kalangan 10 terbaik untuk kembali meraih mata.

Namun GP Czech ini adalah pencapaian terbaik Pescao dengan berada di tempat ke-4 dalam kelayakan dan top 10 dalam perlumbaan sebenar.

Joe Roberts, pasukan Bardahl Yamaha turut berada dalam posisi pole, dengan menduduki tempat ke-3.

Sehingga kini Bastianini kekal memimpin kedudukan dengan 73 mata di hadapan Tetsuta Nagashima.

Sementara itu, pelumba Federal Oil Gresini, Nicolo Bulega, masih mendapat mata dengan menduduki tempat ke-14. Rakan sepasukannya, Edgar Pons menduduki tempat ke-20.

Pelumba Indonesia Andi Gilang, pasukan Honda Asia menduduki tempat ke-25.

Semoga Pescao akan memperbaiki lagi prestasi beliau selepas ini.

Baca yang lain