Mourinho Balas Dendam Menganjing Papu Gomez Yang Sebelum Ini Troll Dia Kalah UEL

Jose Mourinho tidak melepaskan peluang untuk menyindir balik Papu Gomez yang memulakan sindiran ke atasnya minggu lalu.

Minggu sebelum ini Papu Gomez mempersendakan Mouirnho. Dia berkata: “Kenangan dengan Mourinho? Satu satunya memori saya dengan Mourinho adalah pada aksi final Europa League musim lalu menentang pasukan Mourinho, di mana ketika itu saya menjulang UEL.”

Mourinho sebelum ini benar benar bengang dengan kekalahan di tangan Sevilla yang menurutnya kerana pengadil Anthony Taylor yang teruk. Mourinho malah dikenakan penggantungan awal musim ini kerana dia menyerang pengadil di tempat parkir kenderaan.

Menurut Mourinho pasukannya dinafikan sepakan penalti. Dan sentiasa mendapat kad kuning atas semua kekasaran berbanding dengan Sevilla.

Mourinho malah menyindir pengadil: “Saya tak pasti sama ada pengadil hari ini orang Sepanyol. Kerana dia akan meniup wisel dan memberikan kad kepada setiap sentuhan yang pemain kami [AS Roma] buat.”

Papu Gomez jelas masih mengingati masa Mourinho merengek tak puas hati dengan pengadil. Oleh sebab itu pemain itu troll Mourinho tentang memori dia bersama pengurus itu.

Kini The Special One melakukan remontada di atas komen Papu Gomez. Selepas pemain itu digantung daripada bola sepak selama 2 tahun oleh Agensi Anti Doping Sepanyol. Di mana kejuaraan UEL dan Piala Dunia miliknya dilucutkan.

Namun Argentina dan Sevilla tidak akan dilucutkan gelaran trofi mereka kerana peraturan FIFA menyebut, harus ada lebih 2 pemain yang melakukan kesalahan doping untuk membolehkan piala sesebuah pasukan itu dilucutkan.

Sekarang ini, Mourinho bercakap kepada wartawan dengan nada sindiran. Mourinho menegaskan sebenarnya dia ada batuk batuk. Namun dia perlu berhati hati megambil ubatan kerana dia berisiko kantoi ujian doping.

Sindiran itu jelas ditujukan kepada Papu Gomez. The Special One berkata: “Saya ada batuk batuk, tapi saya tak akan sewenang wenang makan sahaja sirap ubat atau pil. Atau nanti saya akan dalam masalah untuk melepasi ujian doping.”

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah