Mourinho Hanya Boleh Berbelanja €1.5 Juta Untuk Beli Pemain Januari Ini

Hasrat Jose Mourinho untuk mendapatkan sebarang pemain pada Januari nampaknya harus dilupakan sahaja kecuali dia berjaya menjual pemain.

Ini selepas UEFA mengeluarkan had perbelanjaan AS Roma hanya €1.5 juta sahaja untuk Januari.

Angka itu sangat rendah. Dan Roma sedang bergelut untuk pulih dari segi kewangan.

Beberapa minggu lalu, Jose Mourinho menyindir betapa mudahnya menjadi Pep Guardiola berbanding dengan pengurus lain seperti dirinya.

Ini selepas Pep Guardiola dilaporkan mahu menyingkirkan Kalvin Phillips daripada pasukan itu. Pep berkata dia sudah melakukan sedaya upayanya untuk menyesuaikan dan membantu pemain itu berada dalam skuadnya. Namun gagal.

Guardiola bagaimanapun tetap kagum dengan Phillips sebagai seorang manusia yang luar biasa dan baik hati.

“Saya simpati dengan Kalvin Phillips. Saya mahukan personaliti dan karakter yang baik, dia adalah contoh sempurna.”

“Ianya cuma, saya menggambarkan sesuatu, menggambarkan pasukan, saya agak sukar untuk melihat dia dalam pasukan ini. Itu sahaja.”

Jose Mourinho menyatakan hanya Pep Guardiola ada kelebihan seperti itu di Man City. Di mana dia boleh untuk tidak mahukan pemain yang dia sudah beli dengan harga mahal.

Perkara sama beberapa kali dilakukan Guardiola sebelum ini. Dia pernah membeli Ederson hanya semusim selepas dia membeli Claudio Bravo.

Mourinho ketika ini berada di musim ketiganya di AS Roma. Membantu Roma menjuarai Piala Persidangan Eropah pada musim pertamanya. Kemudian menelan kekalahan di final UEL di tangan Sevilla musim lalu.

AS Roma layak ke pertandingan Eropah buat kali ketiga berturut turut di bawah kendaliannya. Kini berada di tangga keempat dalam Serie A.

Kekangan kewangan di Roma

Mourinho akui di Roma dia ada kekangan dari segi dana. Di mana dia banyak bergantung kepada perjanjian pinjaman. Ini termasuk meminjam Romelu Lukaku, Sardar Azmoun dan Renato Sanches.

Paulo Dybala, Mile Svilar, Nemanja Matic dan Andrea Belotti kesemuanya tiba secara percuma. Perpindahan termahal dilakukan Mourinho di Roma ialah Tammy Abraham. Namun pemain itu terpaksa berehat panjang kerana ACL.

Sebagai perbandingan, musuh peribadi Mourinho, Pep Guardiola ada wang yang sangat banyak diberikan kepadanya untuk membeli pemain sepanjang di Man City.

Walaupun harus diakui pembelian Guardiola ramai yang menjadi seperti Erling Haaland, Ilkay Gundogan, Rodri dan ramai lagi. Namun dia juga berdepan dengan masalah salah beli termasuk Claudio Bravo dan Nolito.

Guardiola juga dengan mudah menyingkirkan pemain yang dia rasa sudah tak dimahukan termasuk Joao Cancelo, Danilo dan beberapa nama lain lagi.

Dan kini City sedia menjual pemain antarabangsa England, Kalvin Phillips, yang dibeli dengan nilai £42 juta dari Leeds pada musim panas 2022. Pemain tengah itu masih gagal menunjukkan potensinya.

Guardiola sudah meminta maaf kerana tidak dapat memilih pemain itu sebelum ini kerana dia bergelut dengan prestasi. Phillips memerlukan aksi luar biasa dalam kesempatan yang ada padanya untuk membuat Guardiola U turn.

Mourinho pula tidak melepaskan peluang untuk menyindir Guardiola dan merintih nasibnya. The Special One berkata: “Dengar sini, saya bukan dengki atau cemburu, tetapi Manchester City, contohnya, mereka membayar €80 juta untuk Phillips. Dan sekarang, pada Januari, Pep cakap dia nak beli pemain tengah yang baharu.”

“Kita di sini di realiti berbeza. Saya pun mahukan seorang pemain baharu, 2 atau 3 pemain baharu, dan Pengarah Sukan Roma, Tiago Pinto serta pemilik kelab ini pun mahukan pemain pemain baharu.”

“Kami semua mahu meningkatkan kualiti pasukan menjadi lebih kuat pada separuh kedua musim ini. Namun kami ada kekangan melakukannya.”

Beberapa bulan lalu Mourinho turut memuji Max Allegri sebagai bertuah kerana dia masih boleh memasukkan penyerang lain apabila penyerang yang dia guna di atas padang tidak menjadi. Dia pula tidak banyak pilihan seperti itu di Roma.

Mourinho sudah mengingatkan peminat Roma bahawa kelab itu sebenarnya memerlukan pembelian beberapa pemain. Namun kelab tidak mampu melakukannya.

Mourinho akur dengan situasi semasa dan dia memuji pemilik kelab dan pengarah sukan AS Roma yang sentiasa menyokongnya.

Dia faham kekangan kewangan yang dihadapi kelab itu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai