Jose Mourinho masih tidak dapat untuk menjelaskan mengapa Wesley Sneijder ataupun beberapa pemain lain yang membantu pasukan Inter yang menang tiga treble pada 2009/10 gagal mendapat pengiktirafan dalam pemilihan Ballon d’Or.
Lebih satu dekad yang lalu, Nerazzurri mencipta sejarah baru dengan memenangi treble Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara, prestasi yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam bola sepak Itali.
Walaupun kempen mereka luar biasa, termasuk aksi cemerlang bintang mereka seperti Sneijder, Samuel Eto’o dan Diego Milito – namun mereka tidak mendapat pengiktirafan dalam anugerah individu paling berprestij bola sepak.
Malah, Inter tidak mempunyai pemain dalam tiga undian teratas, dengan Lionel Messi menang mengatasi rakan sepasukannya di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi, dua maestro tengah yang telah memenangi Piala Dunia 2010 dengan Sepanyol.
Sneijder adalah finalis, di mana pemain tengah ofensif itu adalah penjaring terbanyak bersama Thomas Muller.
Mourinho yang tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu, bercakap dengan The Athletic, bahawa beliau tidak dapat memberikan apa alasan di atas kekurangan penghargaan individu untuk para pemainnya.
“Aneh bahawa Samuel, sepanjang kariernya, tidak pernah berjaya memenangi Ballon d’Or,” kata bos pengurus asal Portugal itu.
“Wes [Wesley Sneijder] sangat mengagumkan musim itu. Pada tahun yang sama dia memenangi treble, dia bermain di final Piala Dunia.”
“Kami sampai ke Gala pada tahun 2010. Pemain pemain tersebut bahkan tidak masuk dalam senarai tiga teratas. Satu-satunya perkara yang mereka berjaya ialah berada di XI teratas untuk pemain bagi setiap posisi.”
Mourinho meninggalkan San Siro ke Real Madrid selepas kemenangan Liga Juara-Juara Inter.
Terdapat beberapa pemain dalam skuad yang ketika itu yang sudah menuju ke akhir karier mereka Inter mereka. Javier Zanetti, Marco Materazzi, Ivan Cordoba, Dejan Stankovic dan Julio Cesar, di mana semuanya sekurang-kurangnya 30 ketika itu.
Tetapi Mourinho mengatakan setiap pemain dalam barisannya, tanpa mengira masa permainan mereka, bergabung bersama untuk tujuan bersama.
“Terdapat perspektif pemain yang berbeza ketika mereka mencapai akhir karier mereka,” tambah pengendali berbangsa Portugis itu.
“Ada pemain yang ingin berada di sana selama beberapa tahun lagi dalam kontrak mereka – membuat beberapa juta lagi sebelum mereka pergi.”
“Dan ada beberapa pemain lain lagi dengan perspektif yang berbeza iaitu: biar saya cuba untuk mencapai saat yang paling tinggi dalam karier saya, biar saya cuba dan melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Saya rasa itulah isinya.”
“Yang biasa bermain dalam pasukan, mereka pemain hebat. Namun mereka yang bukan bukan regular, yang tidak banyak bermain, mereka sentiasa selalu ada untuk pasukan, selalu ada untuk membantu para pemain muda, selalu ada untuk jurulatih, sentiasa ada untuk membantu.”
“Ini benar-benar pencapaian yang luar biasa dan salah satu sebab mengapa saya sangat gembira. Saya merasakan kegembiraan dan emosi saya bukan mengenai saya sahaja, ia adalah mengenai mereka.
“Ianya bukan tentang saya semata-mata, memenangi Liga Juara-Juara kedua – ini adalah mengenai tentang bagaimana mereka merealisasikan impian mereka.”