Mourinho Sarankan Pedro Ceburi Sukan Renang

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho telah menganjing Pedro, pemain yang dia pernah tandatangani ketika di Chelsea.

Dalam aksi antara AS Roma dan Lazio baru baru ini, Mourinho bengang dengan Pedro yang dianggap suka terjun di atas padang. Sikit sikit tergolek, kata pengurus itu.

Aksi derbi Rom antara AS Roma dan Lazio di Stadio Olimpico telah berakhir seri tanpa jaringan. Namun aksi panas berlaku dengan 8 kad kuning dilayangkan dan beberapa insiden panas atas padang.

Selepas tamat perlawanan, Mourinho mengejek Pedro pula. Pemain yang dia pernah uruskan ketika musim terakhirnya di Chelsea sebelum dia dipecat.

Mourinho mencadangkan agar pemain itu menceburi bidang sukan lain kerana dia ada bakat terjun.

Mourinho berkata: “Pedro pemain yang luar biasa. Dia juga boleh menjadi perenang kerana dia sangat pandai terjun di kolam renang. Dia seorang penerjun yang hebat.”

Komen Mourinho itu mengundang kecaman daripada segelintir peminat yang menganggap pengurus itu cepat koyak.

Namun ada juga yang menyatakan ianya klasik Mourinho ketika bercakap dengan wartawan selepas pasukannya gagal mendapatkan keputusan yang dia mahukan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah