Musim Paling Menghiburkan Dalam Sejarah Middlesbrough

Middlesbrough memulakan cerita dengan menjaringkan 3 gol apabila seri 3-3 ketika menentang Liverpool. Middlesbrough menutup musim dengan cerita tersingkir ke Championship. Middlesbrough dipotong 3 mata dan mata itu sepatutnya menyelamatkan mereka kekal di liga.

1996/97 merupakan musim yang berakhir dengan 3 kekecewaan buat pasukan itu namun ia tetap diingati sebagai salah satu sejarah penting di Middlesbrough.

Ia mengisahkan kehadiran bintang dunia, jaringan yang banyak dan tersingkir dari liga dengan cara kontroversi.

KEJUTAN DARI MIDDLESBROUGH

Pengurus Middlesbrough, Bryan Robson telah mengejutkan dunia bola sepak dengan berbelanja sebanyak £ 7 juta bagi memikat superstar Itali, Fabrizio Ravanelli ke Riverside.

Ravanelli hadir ke kelab kecil Inggeris, Middlesbrough dari kelab gergasi Itali, Juventus

Pada musim sebelumnya penyerang ini merupakan penjaring gol kelab gergasi dunia, Juventus di perlawanan akhir Liga Juara Eropah.

Lebih 30,000 penyokong Middlesbrough menbanjiri stadium pada perlawanan pembukaan Middlesbrough, Liverpool menjadi pasukan pelawat dan mereka dihiburkan pada perlawanan itu.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3, Ravanelli menjaringkan hatrik.

BARMBY, JUNINHO DAN EMERSON

Bagaimanapun Middlesbrough tidak akan menjadi kuat jika hanya berharap kepada Ravanelli sahaja.

Robson membawa masuk Ravanelli bersama Nick Barmby, Juninho dan Emerson, mereka menjadi senjata ampuh kepada pengurus itu untuk membina pasukan kuat.

Pemain-pemain ini mempunyai kelas tersendiri.

Terdapat satu isyarat awal, Riverside bakal menjadi kubu kuat terutamanya selepas pasukan ini membelasah West Ham (4-1) dan Coventry (4-0).

CEMERLANG DI PERTANDINGAN PIALA, BURUK DI LIGA

Middlebrough mula sumbang apabila hanya mampu menang sekali dari 16 perlawanan liga.

Namun begitu prestasi Middlesbrough di pertandingan piala agak baik walaupun tanda keretakan beransur-ansur muncul.

Ravanelli meledak 4 gol ketika membenam Hereford (7-0) yang bertandang ke Riverside pada pusingan ke-2 Carling Cup (kini dikenali sebagai EFL Cup)

Namun keputusan baik itu tidak berlaku di liga, prestasi Middlesbrough semakin tidak stabil.

Robson didenda £ 1,500 selepas mengeluarkan kenyataan buruk kepada pengadil perlawanan, Mike Riley. Robson mula berasa tertekan dengan prestasi semasa pasukannya.

Ravanelli pula mula mengkritik tentang tempat latihan kelab. Beliau berkata Middlesbrough mempunyai stadium yang cantik namun tidak mempunyai pusat gym untuk pemain.

 

Disudut lain, Ravanelli mengatakan pemain Inggeris dianugerahkan bakat semulajadi dalam larian namun tidak cukup baik tentang reaksi dalam permainan

Malah beliau terpaksa menggunakan jadual dan kaedah latihan senaman yang dihantarkan oleh rakan pelatih di Juventus.

CEMERLANG DI PERTANDINGAN PIALA

Selepas menewaskan Hereford 3-0 pada perlawanan ke-2 pusingan ke-2, Middlesbrouh mengalahkan Huddersfield 5-1 sebelum menyingkirkan Newcastle di pusingan ke-4.

Anak-anak buah Robson cemerlang di Piala Liga, mereka juga mula menunjukkan aksi garang di Piala FA dengan membelasah Chester 6-0 di Riverside.

4 hari selepas itu giliran Craig Hignett dan Steve Vickers menjadi hero Middlesbrough, jaringan dari 2 pemain ini menewaskan Liverpool di pusingan ke-5 Piala Liga.

Robson telah membina satu pasukan yang menghiburkan tetapi sangat malang di pertandingan liga.

BURUK DI LIGA DAN DIPOTONG 3 MATA

Menjelang Disember pasukan ini berada di tangga 6 terbawah liga, kepadatan jadual mengharungi pertandingan piala menjejaskan prestasi Middlebrough di liga.

Pada pertengahan Disember, Middlesbrough dibelasah Liverpool 1-5. Robson mula menghadapi situasi sukar.

23 pemain seniornya tidak dapat dibawa ke Blackburn kerana mengalami kecederaan.

Kelab tiada pilihan selain menurunkan barisan pemain muda yang tidak pernah bermain di Liga Perdana.

Middlesbrough membuat keputusan mengejut semua pihak apabila memutuskan untuk tidak pergi ke Blackburn.

Kelab akhirnya didenda dan dipotong 3 mata. Pada penghujung musim, kehilangan 3 mata itu menjadi satu malapetaka besar.

Middlesbrough tersingkir dari Liga Perdana selepas hanya mengumpul 39 mata, 2 mata dari pasukan yang terselamat.

KEKECEWAAN PERTAMA

Dalam saingan awal Carling Cup, Middlesbrough menewaskan Hednesford dan seterusnya Huddersfield. Middlesbrough mula mendapat lawan lebih kuat tetapi masih berjaya menumbangkan Newcatle United dan Liverpool di peringkat seterusnya.

Dalam tempoh yang sama, Middlesbrough mempunyai momentum baik di liga, hanya kalah 1 kali dari 6 perlawanan yang dihadapinya.

Namun kes pemotongan 3 mata sedikit merosakkan rentetan pungutan mata yang baik itu.

Berikut adalah laluan Middlesbrough dalam saingan Carling Cup

  • R2, L1: Hereford (7-0)
  • R2, L2: Hereford (3-0)
  • R3: Huddersfield Town (5-1)
  • R4: Newcastle Utd (3-1)
  • QF: Liverpool (2-1)
  • SF, L1: Stockport County (2-0)
  • SF, L2: Stockport County (0-1)
  • F: Leicester City (1-1)
  • F (R): Leicester City (0-1)

 

KEKECEWAAN KEDUA

Keputusan seri 3-3 ketika menentang Manchester Utd dan seri ketika menentang Leeds pada perlawanan terakhir mengesahkan pasukan ini tersingkir dari Liga Perdana.

Jika pemotongan 3 mata itu tidak berlaku, Middlesbrough akan menamatkan kempen liga di tangga ke-14 dan Coventry City tersingkir

Robson menyindir Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berkaitan 3 mata yang dipotong.

Kami mengutip lebih banyak mata berbanding Coventry, Sunderland dan Nottingham Forest

Pihak Liga Perdana telah membawa kita ke bawah

Pemain memenangi mata secara adil dan saya masih tidak faham bagaimana mereka (FA) boleh melakukannya

KEKECEWAAN KE-3

Seminggu selepas itu tersingkir dari liga, Middlesbrough tewas 0-2 kepada Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA. Berikut laluan Middlesbrough ke Wembley.

  • R3: Chester City (6-0)
  • R4: Hednesford Town (3-2)
  • R5: Manchester City (1-0)
  • QF: Derby County (2-0)
  • SF: Chesterfield (3-3)
  • SF (R): Chesterfield (3-0)
  • F: Chelsea (0-2)

RUMUSAN

Musim 1996/97 menjadi musim paling menghiburkan dalam sejarah kelab Middlesbrough namun dibayangi dengan 3 kekecewaan.

Berjaya mendapatkan bintang dunia Fabio Ravanelli dan kelab merekod 92 gol dalam semua pertandingan.

Ravanelli akhirnya berpindah ke Marseille, Juninho berhijrah ke Atletico Madrid dan pada jendela pertengahan musim Nick Barmby sudah ke Everton.

Ravanelli menjaringkan 32 gol sepanjang 1 musim bersama Middlesbrough.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi