Nak Lawat Madu-Madu, Kena Minta Kebenaran Polis

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menetapkan bahawa seseorang itu tidak boleh bergerak lebih daripada 10 meter daripada kediaman mereka.

Namun ada beberapa pihak yang berdepan dengan kesulitan untuk melawat keluarga mereka yang lain.

Lelaki yang memiliki lebih seorang isteri telah meminta pencerahan tentang bagaimana mereka mahu melawat madu madu mereka.

Ini kerana ada madu mereka yang berada di jarak yang sangat jauh.

Oleh itu, pihak polis menegaskan bahawa, mereka perlu meminta kebenaran polis terlebih dahulu sebelum melawat madu / madu – madu mereka yang berada di luar radius 10km.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan itu sebelum ia diluluskan ataupun sebaliknya.

Dipetik dari Harian Metro, Datuk Noor Azam berkata: “Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.”

“Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. )”

“Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.

“Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu).”

PKP terus dilanjutkan sehingga ke fasa 4. Di mana hasil daripada penjarakan sosial ini terdapat kesan yang positif daripadanya.

Diharap berita ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada abang abang yang lebih daripada seorang isteri.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid