Napoli Berminat Dapatkan Ronaldo, Namun Cadangkan United Bayar Sebahagian Besar Gajinya

Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis, mendedahkan pihaknya berminat untuk menandatangani Cristiano Ronaldo jika pemain itu mahu menyertai mereka dan bermain di UCL.

Walaubagaimanapun, Napoli berpendapat bahawa gaji pemain itu terlalu tinggi untuk mereka bayar. Jadi, caranya mudah, mereka meminjam Ronaldo dan Manchester United membayar sebahagian besar gaji pemain itu.

Perjanjian tersebut pernah berlaku ketika Manchester United meminjamkan Alexis Sanchez ke Inter Milan satu ketika dahulu. Di mana Man United dikatakan membayar sebahagian besar gaji pemain itu berbanding dengan Inter.

Tapi situasinya sangat berbeza. Sanchez ketika itu ada kontrak yang masih panjang. Ronalo pula ada kontrak musim ini sahaja. Dan tidak dapat dijual seperti Sanchez selepas pinjaman tamat.

Walaupun selepas itu Man United terpaksa akur bahawa Sanchez pun tak dapat dijual dan terpaksa ditebus untuk ditamatkan kontrak bagi membolehkan pemain itu menjadi ejen bebas.

Masa depan Cristiano Ronaldo di Manchester United masih belum jelas. Ronaldo dikhabarkan mahu meninggalkan Man United demi merasai suasana Liga Juara-Juara 2022-2023.

Man United sendiri hanya akan bermain di Liga Europa kerana menduduki tempat keenam Liga Perdana untuk musim 2021-2022.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes bergerak aktif menawarkan kliennya itu kepada kelab kelab terkemuka Eropah. Namun alasan utama kelab kelab tersebut menolak adalah kerana gajinya terlampau tinggi.

Ronaldo dilaporkan menerima sekitar EUR510k seminggu di Manchester United. Mendes sudah berjanji bahawa, Ronaldo akan sedia menerima pengurangan gaji sekitar 25%-30% jika ada kelab yang bermain di UCL mahu mendapatkan pemain itu.

Angka yang sama dipotong oleh Man United ke atas pemainnya kerana tidak beraksi di UCL. Ada juga alasan lain kelab menolak CR7. Contohnya, Bayern Munich tidak mahu mengambil kapten pasukan kebangsaan Portugal kerana dianggap tidak sesuai dengan falsafah kelab.

Walaupun tidak mengaku bahawa mereka ditawarkan oleh Jorge Mendes, presiden Napoli, De Laurentiis berkata Napoli sebenarnya berminat untuk mendapatkan Ronaldo. Dan secara kebetulan, Napoli akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan yang menjadi tarikan besar kepada pemenang 5 Ballon d’Or itu.

Laporan sebelum ini menyatakan Mendes turut menawarkan Napoli dan AS Roma untuk mendapatkan Ronaldo.

Laurentiis berkata: “Cristiano Ronaldo sudah lama memutuskan untuk berpisah dengan Manchester United. Dia kelihatan gila dan terdesak untuk pasukan yang boleh mengalu-alukannya bermain dalam Liga Juara-Juara.”

“Pendek kata, Napoli akan bertindak balas terhadap keperluan sang juara dari Portugal itu yang dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Di mana dia tidak pernah berhenti berlatih seorang diri. Bagaimanapun, masalah besar kami dengan angka gaji.”

“Formula untuk perpindahan adalah pinjaman daripada Man United dan kemudian soal gaji pasti akan kekal di luar bajet untuk Napoli,” tambah De Laurentiis yang mencadangkan agar United mempertimbangkan untuk membayar sebahagian besar gaji pemain itu. Walaupun dia tak terang terangan memintanya. Namun pemerhati merasakan bahawa Laurentiis mahukan United bertanggungjawab membayar gaji Ronaldo bersama sama dengan mereka secara tongtong.

Laurentiis berpendapat, jika Ronaldo datang ke Napoli, ianya akan mengulangi sejarah agung kelab mereka ketika menerima kehadiran Diego Maradona.

Baca yang lain