Netizen Kecam Logan Paul Rosakkan Game Boy Klasik Untuk Buat Meja Pokemon

Netizen sekali lagi tampil mengecam YouTuber sensasi, Logan Paul. Ini selepas konten terbarunya memaparkan dia mengorbankan lebih 15 Nintendo Game Boy Colors hanya untuk menjadi perhiasan mejanya.

Logan Paul meletakkan 15 Gameboy Boy Colors yang klasik, dan kemudian menuangkan cecair untuk proses epoxy.

Meja itu kemudian diwarnakan dengan warna merah dan putih seperti Pokéball, dengan tema Nintendo.

Dalam Twitternya, dia berkata: “Projek epoxy resin saya yang pertama… Game Boy Colors & bingkai besi Pokemon menjadikan ianya cantik untuk permukaan atas meja.”

Netizen pantas menembak Loga Paul dengan menganggap dia sebagai ada masalah mental. Bagaimana dia boleh menggunakan konsol klasik yang sudah tidak dikeluarkan lagi di dunia itu menjadi alat hiasan meja epoxy-nya.

Ramai yang menganggap projek Logan Paul ini sebagai merosakkan konsol klasik itu.

Ada yang menganggap ianya harus lebih dihargai, kerana untuk mendapatkan Game Boy Colors itu sangat payah. Kalau ada pun harga di atas $70 dan ke atas di Ebay atau Amazon.

Malah ramai yang membeli dengan nilai lebih mahal.

Logan Paul menganggap projek itu sebagai cerminan kepada minatnya ke atas Game Boy dan Pokemon. Malang sekali di mata kolektor, Logan Paul hanyalah perosak barangan berharga untuk seorang gamer.

Ramai yang meminta Logan Paul memadamkan video itu dan berharap dia tidak lagi merosakkan koleksi klasik seperti itu lagi.

Mereka sangat sangat marah dengan tindakan Logan Paul tersebut.

Walaupun ramai yang mengecam, ramai juga yang mempertahankan Logan Paul. Kerana menurut mereka, Logan Paul membeli Game Boy itu dengan duit sendiri dan dia ada hak ke atas barang kepunyaannya.

BACA JUGA: [VIDEO] Cara Dennis Rodman Buka Kotak Yeezy Buat Ramai Triggered Dan Dituduh Tak Beradab

Dennis Rodman merupakan bekas bintang NBA yang bertaraf legenda.

Dennis Rodman dikenali dengan permainan pertahanan dan kemahiran rebound yang baik.

Dan beliau menjadi pendahulu senarai rebound tertinggi NBA selama 7 tahun berturut-turut dan dianggap antara pertahanan terbaik dalam sejarah NBA.

Dia juga terkenal dengan sikap kontroversianya di dalam dan di luar gelanggang. Rodman berketinggian 203cm dan memiliki ramai peminatnya tersendiri. Rodman melakukan debut dalam arena NBA untuk pertama kalinya pada tahun 1986.

Seperti Michael Jordan, kariernya juga sinonim dengan Chicago Bulls.

Selain itu Dennis Rodman pernah beraksi dalam arena gusti juga tau.

Jadi, dengan status legendanya, tidak hairanlah dia menjadi antara selebriti yang menerima penghargaan khas daripda Adidas x Kanye West untuk memiliki koleksi Yeezy terbaru.

Namun cara Dennis Rodman membuka kotak kasut itu ternyata membuatkan ramai kecewa.

Dia koyak macam tu je kotak kasut eksklusif itu tanpa rasa bersalah. Mesti korang expect dia unbox produk macam selebriti Youtube yang lain kan?

Takde maknanya!

Nah!

Sebagai seorang otai, Dennis Rodman tak peduli sangat cara membuka kasut mahal itu.

Bleacher Report hanya mampu meletakkan emoji menangis pada video yang mereka muat naik di Twitter.

Malah ada yang menuduh Dennis Rodman sebagai sosiopat dengan cara membuka kotak seperti itu.

Bagi mereka Dennis Rodman tidak beradab dalam membuka kotak kasut tersebut.

Banyak lagi komen mempersendakan Dennis Rodman yang dianggap bukan membuka kotak tetapi mengoyak dan menghancurkan kotak.

Mungkin ini cara Dennis Rodman memakan burger keju beliau, kata seorang netizen lagi.

Selain itu, seorang lagi warganet menyatakan: “Itulah cara orang kaya membuka kotak.”

Ianya ibarat benda tu murah sahaja di mata mereka dan kotak itu tidak bernilai pun.

Dipetik dari Johns Byrne, portal tersebut menyatakan, cara terbaik membuka kotak sesebuah produk adalah dengan menunjukkan label kepada pengguna.

Memberikan informasi tentang jenama. Belek informasi lain pada luar kota dan kemudian barulah membukanya tanpa merosakkan kotak teresebut.

Seterusnya barulah memberikan informasi tentang produk dan cuba menaikkan keghairahan orang lain untuk mendapatkan produk tersebut.

Ramai manusia akan teruja dengan barang baru dan membuatkan mereka tidak membuka kotak dengan sebaiknya.

Tapi dalam kes Dennis Rodman, dia bukan teruja sangat pun dengan Yeezy tu. Dia cuma buka kotak ikut suka dia je kan?

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang