Neville: “Orang Dah Tak Takut Dengan Messi, Prestasi Mereka Teruk Kali Ini”

Gary Neville menyatakan bahawa pemain pemain sekarang sudah tidak gentar dengan Lionel Messi. Kerana pemain itu semakin kurang kehebatannya berbanding sebelum ini.

Neville menjadi pundit untuk ITV. Dan dia mengulas tentang aksi Messi ketike menentang Mexico.

Ketika aksi menentang Mexico pada separuh masa pertama, dia melabel Messi sebagai tidak memberikan ancaman kepada lawannya langsung.

Dan berpendapat bahawa pemain itu benar benar sudah kehilangan sentuhannya.

“Anda mula terfikir: adakah ini Argentina? Mereka mengharungi kejohanan yang hebat, tetapi anda telah menonton mereka sekarang selama satu setengah perlawanan dan nampaknya tidak ada apa-apa di sana; tidak ada corak bermain, permainan yang teruk.”

“Tidak ada rentak dalam apa yang mereka cuba lakukan,” kata Neville yang menganggap Argentina tidak bagus dan beraksi teruk selepas kalah di tangan Arab Saudi. Dan kemudian melalui separuh masa pertama tanpa jaringan ketika menentang Mexico.

Seterusnya, Neville mensasarkan kritikannya ke atas Messi secara terbuka.

“Pemain tidak takut dengan Lionel Messi lagi. Sungguh buruk, prestasi Argentina yang buruk” – kata pakar ulasan bola sepak dari England itu.

Jaringan Leo Messi pada 20 minit selepas memasuki separuh masa kedua mungkin telah mengubah fikiran Neville tentang pemain itu.

Bukan itu sahaja Messi turut mencipta assist untuk rakannya. Semuanya berlaku hanya selepas komen pedas Neville pada rehat separuh masa pertama.

Messi melakukan jaringan yang sangat cantik, dari keadaan yang agak sukar.

Dia menerima bola dari luar kotak penalti dan merembat rendah menewaskan Ochoa.

Gol Messi itu membuatkan Jamie Carragher sempat menganjing ulasan Neville dengan berkata: “Kawan saya Gary Neville menikmati kejohanan yang buruk sama macam Infantino,” merujuk kepada ulasan Neville yang tidak begitu diterima peminat kali ini.

Peminat meminta Neville menyemak fakta tentang prestasi Messi musim ini.

Nick berkata: “Messu menjaringkan 12 gol dan 14 assist dalam 19 perlawanan untuk PSG musim ini. Dan 2 gol 1 assist dalam Piala Dunia hanya dalam 2 perlawanan pertama.”

“Neville adalah pundit paling teruk dalam sejarah.”

Bukan itu sahaja, ada yang menganggap Neville seringkali mengkritik pemain pemain dari negara lain dan memuji berlebihan pemain pemain England.

Ini lebih lebih lagi melibatkan pemain Argentina. Yang sentiasa menjadi antara negara dibenci England dalam bola sepak kerana peristiwa Hand Of God Maradona satu ketika dahulu.

Seterusnya, Messi akan berdepan dengan Robert Lewandowski ketika Argentina menentang Poland pada 30 November.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai