No Poulsen No Problem, Penggantinya Muncul Wira Denmark

Wales 0 Denmark 4
Kasper Dolberg m27, 48, Maehle Joakim m88, Martin Braitwaite m90+4

Denmark kehilangan Yussuf Poulsen. Pemain itu mengalami kecederaan.

Poulsen cemerlang pada 2 perlawanan terakhir selepas menggantikan Jonas Wind yang agak hambar pada perlawanan pertama. Poulsen menjaringkan gol pada setiap perlawanan yang dimainkannya.

Namun ketiadaan Poulsen tidak dirasai apabila penggantinya Kasper Dolberg menjadi wira Denmark melalui 2 jaringan awalnya membawa pasukan itu ke peringkat suku akhir.

Berikut 4 fasa yang berlaku dalam pertemuan Wales lawan Denmark.

Bale dan Ramsey bermula garang

Pengendali Wales Rob Page kembali menggunakan back 4 dimana pada perlawanan menentang Itali dia menggunakan back 3. Sementara itu rakan sejawatnya di Denmark Kasper Hjulmand semakin selesa dengan back 3 –mula digunakan selepas kehilangan Christian Erikson.

Ternyata percaturan Page tidak menjadi apabila dibelasah oleh Denmark.

Perlawanan bermula dengan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Wales lebih garang apabila Gareth Bale dan Aaron Ramsey mencipta 3 peluang untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-10 Bale mencipta peluang untuk dirinya sendiri dan melepaskan percubaan dari jarak sederhana tetapi tidak menepati sasaran.

2 minit selepas itu pemain Bale sekali melakukan percubaan tetapi tersasar di sebelah kanan.

Tidak lama selepas itu giliran Ramsey mencemaskan pertahanan Denmark. Percubaannya dihadang oleh pemain lawan.

Dolberg jaring gol pembukaan

Denmark menarik nafas lega apabila pengganti Poulsen iaitu Kasper Dolberg pantas membuka akaun jaringannya dalam kejohanan kali ini.

Minit ke-28 Dolberg melakukan first touch dengan cemerlang. Mengawal bola sebelum melepaskan percubaan pada masa tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Danny Ward.

Ketika percubaan itu dilakukan kedudukan bola berada di depan 2 pemain yang menutup pandangan Ward terhadap bola. Penjaga gol itu tidak dapat melihat kemana direction bola itu pergi.

Dolberg gandakan pendahuluan

Hanya selepas 3 minit babak kedua dimulakan Dolberg membunuh perlawanan melalui jaringan ke-2. Gol yang berpunca dari kesilapan pertahanan lawan.

Pemain Liverpool, Neco Williams melakukan clearance tanpa arah dan bola tersebut singgah tepat ke kaki Dolberg. Dolberg manggunakan peluang itu dengan melepaskan percubaan jarak dekat menewaskan Ward.

Wales total Damage

Tidak cukup dengan itu Wales terus dirundum malang apabila Joakim Maehle menjaringkan gol ke-3 Denmark pada minit ke-88.

Hantaran bersahaja dari Matthias Jensen yang melihat Maehle tidak dikawal disebelah kanan berhasil, Maehle menerima hantaran tersebut dan mudah untuk menewaskan Ward.

Berselang 2 minit pemain kreatif Wales Harry Wilson dilayang kad merah apabila melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan.

Marrtin Braithwaite menambah malang Wales yang bertimpa-timpa apabila menjaringkan gol ke-4 dalam masa kecederaan. Braithwaite perlu menunggu lama apabila jaringannya perlu disahkan oleh VAR.

Akhirnya jaringan tersebut disahkan dan Denmark menepati ramalan, mara ke peringkat suku akhir menewaskan pasukan paling kurang melakukan serangan di peringkat kumpulan.

Rumusan

Topik teratas yang dibincangkan pada perlawanan ini adalah bagaimana Denmark turun tanpa Poulsen.

Pada perlawanan pertama Hjulmand menggunakan Wind di sebagai center forward. Aksi Wind agak hambar dan pada perlawanan berikutnya Hjulmand menolak Poulsen dari side attacker ke center forward.

Percaturan tersebut berhasil apabila Poulsen menjaringkan 1 gol ketika menentang Belgium. Poulsen terus menjaringkan gol pada perlawanan ke-2 menentang Rusia.

Poulsen cedera menjelang pertemuan menentang Wales dan Hjulman menurunkan Dolberg buat kali pertama dalam kesebelasan utamanya.

Dolberg tidak mengecewakan malah sumbangannya lebih baik dari Poulsen. Poulsen mungkin kembali ke posisi wing attacker pada perlawanan suku akhir nanti.

Baca yang lain