Nuno Espirito: “Liverpool Tempat Yang Tepat Untuk Jota”

Pengurus, Wolves Nuno Espirito Santo mengesahkan Diogo Jota akan bergabung dengan Liverpool dan dia mengatakan pemain antarabangsa Portugal itu akan berada di “tempat yang tepat”.

The Reds sebelum itu menandatangani pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara.

Tidak terhenti di situ, The Reds terus berurusan dengan Wolves untuk perpindahan £45 juta untuk Diogo Jota.

Sementara itu pemain muda Liverpool, Ki Jana Hoever pula akan berpindah ke Wolves dengan nilai perpindahan sekitar £10 juta.

Nuno Santo adalah pengurus penting yang membantu menaikkan karier Jota terutama sekali di England.

Dan beliau menjelaskan sebab kenapa Jota tidak disertakan dalam aksi Piala EFL Khamis lalu. Di mana Wolves tewas di tangan Stoke di Molineux.

Jota tidak bermain kerana beliau menguruskan perpindahannya ke Anfield.

“Pertama, saya ingin meminta maaf untuk hari Khamis, kadangkala anda harus merahasiakan beberapa perkara.”

“Diogo sangat mengagumkan – semua orang tahu itu – dan sudah tiga musim di Wolves, apa yang dia lakukan untuk kami sangat hebat.”

“Segala sesuatu terjadi secara semula jadi. Ia akan pergi ke tempat yang tepat. Dia tidak akan dilupakan oleh peminat kami.”

Jota telah tampil dalam 131 penampilan untuk Wolves, menjaringkan 44 gol, dan dia mencetak dua hatrik dalam kempen Liga Europa musim lalu.

Nuno gembira menerima pemain muda Liverpool yang akan masuk menyertai mereka.

“Ki akan bergabung dengan kami. Dia pemain muda yang mempunyai potensi dan bakat. Sekarang terpulang kepada kita untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya.”

“Ki tidak layak untuk beraksi pada hari Isnin [menentang Man City]. Dia akan menyertai kami esok, kami akan mengintegrasikannya ke dalam pasukan.”

“Ini adalah skuad kecil, dia dapat memberikan kami pilihan yang baik.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau.”

Nuno menganggap perpindahan dua hala kali ini sebagai win win situation.

“Liverpool akan mendapat pemain dan budak yang bagus. Dan Ki ada masa depan yang cerah.”

“Kami rasa perjanjian ini adalah bagus untuk semua orang. Diogo sangat gembira di sini.”

“Tapi, normallah tu, pemain mahukan cabaran baharu.”

Baca yang lain