Okada VS Omega Perlawanan Terhebat Dalam Sejarah Dunia Gusti

Kenny Omega dan Kazuchika Okada pernah bertemu dalam satu perlawanan yang dianggap sebagai perlawanan terhebat dalam sejarah dunia gusti professional.

Kedua-dua penggusti itu bukan sahaja mempersembahkan aksi yang sungguh luar biasa hebat, malah jalan cerita dalam perseteruan mereka juga dikatakan antara yang paling menarik dalam sejarah.

Kenny Omega merupakan penggusti asing di New Japan Pro-Wrestling. Beliau berasal dari Kanada dan telah menetap serta bergusti di Jepun sejak beberapa tahun lamanya.

Beliau juga boleh bertutur dalam bahasa Jepun dan telah memulakan karier awalnya sebagai seorang penggusti junior sahaja di NJPW.

Kenny Omega juga berusaha keras untuk masuk ke kategori Heavyweight yang mana hal tersebut sangat jarang untuk berlaku.

Ianya suatu hal yang sukar untuk mengubah pandangan peminat bahawasanya seseorang penggusti bertubuh kecil mampu untuk bersaing dalam kategori itu, namun beliau mampu melakukannya dengan sempurna.

Para peminat melihat Kenny berkembang di NJPW, dari memegang kejuaraan IWGP Junior Heavyweight Championship sehinggalah ke tahap beliau berjaya menjadi pencabar kepada kejuaraan IWGP Heavyweight Championship.

Sementara Kazuchika Okada atau lebih dikenali sebagai the Rainmaker pula merupakan anak emas dalam dunia gusti di Jepun.

Ketika berusia 30 tahun, beliau sudah berjaya memahatkan namanya sebagai salah seorang Juara terhebat dalam sejarah gusti di Jepun.

Walaupun beliau seorang penggusti dari Jepun, Okada telah banyak membantu dalam perkembangan NJPW dek kerana populariti yang beliau miliki sehingga ke negara barat.

Melihat Okada bergusti, ianya terlihat sangat mudah, ianya benar-benar semula jadi. Melihat beliau beraksi dalam gelanggang, beliau membuatkan semuanya mudah, begitulah tahap hebatnya penggusti dari Jepun itu.

Dalam diri Omega pula, beliau menghadapi sedikit kesukaran sebagai penggusti asing yang mana beliau menyerahkan segalanya di tanah bukan tempat kelahiran beliau.

Ianya berbeza dengan Okada yang memiliki kebolehan semula jadi hebat yang menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi seorang Juara yang hebat.

Pada 14 Ogos 2016, Kenny Omega menjadi penggusti bukan Jepun pertama dalam sejarah yang memenangi G1 Climax.

Yang mana kemenangan tersebut membuatkan beliau berpeluang untuk mencabar kejuaraan IWGP Heavyweight Championship yang pada ketika itu disandang oleh Kazuchika Okada.

Kedua-dua penggusti hebat itu telah dipertemukan di acara Wrestle Kingdom 11 pada 4 Januari 2017.

Di acara WK11, Omega telah tewas kepada Okada, namun aksi hebat yang dipamerkan oleh kedua-dua penggusti itu telah mendapat pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Dave Meltzer kebiasaannya akan memberi penilaian lima bintang kepada perlawanan yang beliau rasakan hebat dan layak, dan untuk mendapatkan lima bintang itu sendiri merupakan satu hal yang sangat sukar.

Namun pertemuan antara Kenny Omega menentang Kazuchika Okada, mereka telah mendapat penilaian enam bintang dari Dave Meltzer dan penilaian itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah dunia gusti professional.

Dalam perlawanan yang dianggap sebagai terhebat sepanjang zaman itu, Kenny langsung tidak menggunakan teknik penyudahnya, dan meninggalkan kebingungan dari kalangan peminat ketika itu.

Di lanjutkan cerita, pada 11 Jun 2017, di acara Dominion, Kenny Omega dan Kazuchika Okada sekali lagi dipertemukan dalam perlawanan untuk merebut kejuaraan IWGP Heavyweight Championship.

Pertemuan mereka enam bulan sebelum itu di WK11 telah menjadi salah satu perlawanan terbaik, dan perlawanan kedua mereka telah menyajikan aksi yang jauh lebih hebat.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri selepas habis limit masa 60 minit perlawanan dan sekali lagi perlawanan mereka memecah rekod penilaian apabila Dave Meltzer menghadiahkan 6¼ bintang kepada mereka.

Ianya membuktikan bahawa perlawanan tersebut lebih hebat dari perlawanan sebelum ini, namun menurut Meltzer, Omega sekali lagi tidak menggunakan teknik penyudahnya, ‘the One Winged Angel’ ke atas Okada.

Setelah dua kali bertemu Okada, harapan terbaik Omega untuk kembali merebut kejuaraan tersebut adalah dengan memenangi G1 Climax 27 pada tahun 2017.

Dalam pertemuan kali ketiga mereka, Kenny Omega akhirnya berjaya menewaskan Okada dalam satu non-title block match dengan menggunakan penyudah ‘the One Winged Angel’.

Kenny sememangnya boleh menewaskan Okada dengan penyudahnya, dan semua peminat tahu kedua-dua penggusti itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing yang tidak ada pada penggusti lain.

Apa yang menariknya, perlawanan ketiga mereka berdua turut diberikan penilaian enam bintang dari Meltzer.

Jadi keputusan pertemuan antara Okada dan Omega berakhir dengan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan untuk kedua-dua mereka.

Jadi dari keputusan tersebut, pastinya para peminat mengharapkan akan ada pertemuan keempat yang mana pengakhiran kepada perseteruan mereka berdua.

Satu lagi kemenangan dan Omega bakal sekali lagi mencabar Okada, namun sayangnya, beliau tewas di perlawanan terakhir G1 Climax kepada Tetsuya Naito.

Kekalahan tersebut menyebabkan beliau tidak berpeluang untuk sekali lagi mencabar kejuaraan IWGP Heavyweight Championship milik Kazuchika Okada.

Kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing selama hampir 9 bulan sebelum Omega bergelar Juara IWGP US Champion.

Beliau turut berjaya mempertahankan kejuaraannya itu ketika bertemu Chris Jericho di acara Wretle Kingdom 12 dan kembali bergabung dengan tan lamanya Ibushi.

Omega terus cemerlang mempertahankan kejuaraannya itu dan memecahkan rekod 720 hari sebagai Juara.

Beliau juga berjaya mempertahankan kejuaraannya dari 12 pencabar dan menjadikan dirinya sebagai Juara dunia terhebat sepanjang zaman.

Di acara Wretling Dontaku pada 4 Mei 2018, Okada telah memanggil Omega dan mahu mencabarnya sekali lagi untuk menyelesaikan perseteruan antara mereka sebelum ini.

Untuk mencari yang terbaik antara mereka selepas tiga perlawanan sebelum ini berakhir dengan seri/menang dan kalah.

Omega menerima cabaran tersebut dan mereka berdua telah bertarung dalam acara 2 out of 3 falls dengan menetapkan peraturan tanpa limit masa di acara Dominion.

Pertemuan keempat mereka ini adalah di acara dan di lokasi yang sama dengan pertemuan mereka yang berakhir dengan keputusan seri sebelum ini.

Selepas hampir dua tahun perseteruan antara mereka, Kenny Omega berjaya menewaskan the Rainmaker dalam perlawanan yang berlangsung lebih dari setengah jam itu.

Pada 9 Jun tahun yang sama, Omega menjadi Juara IWGP Heavyweight Championship buat pertama kalinya dalam karier beliau.

Tidak dinafikan perseteruan antara Kenny Omega dan Kazuchika Okada adalah perseteruan terhebat yang pernah ada dalam sejarah dunia gusti profesional.

Selain jalan cerita, aksi dalam gelanggang yang dipamerkan oleh kedua-dua mereka juga merupakan aksi terhebat yang pernah disaksikan dalam sejarah dunia gusti profesional.

Sehingga kini, tidak kira dari WWE, AEW, NXT atau Lucha Libre, masih tidak ada perlawanan yang dinilai lebih hebat berbanding perlawanan antara Kenny Omega menentang Kazuchika Okada.

Baca yang lain