Ole Buat Meeting Berkaitan Taktikal Dengan Kapten & Pemain Senior United

Ole Gunnar Solskjaer sangat terdesak mahukan United bangkit segera selepas dua kekalahan berturut-turut di Old Trafford serta beberapa lagi keputusan yang kurang memberangsangkan awal musim ini.

Ole dan pemain pemain United sudah kembali semula ke Carrington untuk memulakan sesi latihan seperti biasa.

Chris Wheeler melaporkan, Ole Gunnar Solskjaer telah memanggil Harry Maguire serta beberapa pemain senior United termasuk Cristiano Ronaldo untuk sesi mesyuarat khas.

Isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu pastinya tentang prestasi semasa Man United. Di mana Ole mahu pemain pemain ini menjadi tunjang kepada kebangkitan Man United.

Selain Harry Maguire dan Ronaldo, nama nama seperti Luke Shaw, Nemanja Matic, Lindelof dan Bruno Fernandes juga berada dalam mesyuarat tersebut.

Ole mahu mendengar pandangan para pemain pemain penting beliau tentang bagaimana mereka boleh mengubah musim ini agar menamatkannya dengan cemerlang.

Antara isu yang dibincangkan termasuk isu taktikal. Sama ada mereka akan terus menggunakan sistem back 3 selepas ini. United berjaya mendapatkan keputusan positif dalam aksi berdepan Spurs dengan sistem back 3. Namun gagal pada aksi menentang Manchester City.

Ole Gunnar Solskjaer lega kerana berjaya mengelak daripada dipecat. Malah diberikan sokongan oleh majoriti ahli lembaga pengarah Man United.

BOD Man United juga sedia untuk terus menyokong dan meneruskan projek Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford. Ini termasuk memberikan dana kepada pengurus itu untuk membeli pemain pemain baharu bagi menguatkan pasukan mereka.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.