Ozil Sindir Arteta Selepas Kenyataan Terbaru Pengurus Tersebut

Bintang Jerman, Mesut Ozil menyindir Mikel Arteta selepas kenyataan terbaru pengurus tersebut berkenaan dengan masa depan beliau.

Sebelum ini ejen kepada Mesut Ozil menyelar layanan Arteta kepada Ozil yang menurutnya sebagai menindas dan kejam.

Dr Erkut Sogut [ejen Ozi] berkata:

“Peminat Arsenal berhak mendapat penjelasan yang jujur, bukan [Arteta] yang mengatakan ‘Saya gagal dekat Ozil.’ Anda tidak gagal pada Ozil: anda gagal bersikap adil, jujur dan telus dan memperlakukan seseorang yang dengan hormat yang mempunyai kontrak dan setia sepanjang masa”

Ozil menyertai Arsenal pada 2013 dengan rekod perpindahan kelab ketika itu £42.5 juta.

Ozil menikmati karier yang terus indah di England di bawah kendalian Wenger. Namun sekarang Ozil hanyalah pemain yang digantung tak bertali oleh Arsenal.

Pemain dengan gaji tertinggi kelab itu tidak didaftarkan dalam pasukan utama untuk dua pertandingan utama Arsenal sertai iaitu Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Europa.

Arteta baru baru ini menyatakan beliau akan terus memberika Ozil peluang sama seperti pemain lain. Pada masa yang sama Arteta mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia menyisihkan Ozil atas alasan bola sepak.

“Apa yang dapat saya katakan adalah bahawa saya telah mencuba yang terbaik, saya berusaha memberinya peluang sebanyak mungkin.”

“Dan dari pihak saya sendiri, saya telah bersabar, memberinya peluang dan bersikap adil.”

“Dia pemain milik kelab bola sepak ini, dia telah menjadi pemain yang sangat penting dalam beberapa musim terakhir. Saya harus menghormatinya, saya di sini untuk membuat keputusan, keputusan terbaik untuk pasukan dan kelab, “kata Arteta kepada Sky Sports minggu ini.

Mesut Ozil mungkin tidak dapat bermain untuk Arsenal, pemain antarabangsa Jerman itu menunjukkan bahawa dia tetap bangkit dengan meletakkan video di Instagramnya di gimnasium.

Video itu disertakan dengan kapsyen: “Perjuangan sukar di sepanjang jalan hanyalah bertujuan untuk membentuk diri kamu untuk menuju matlamat kamu.”

Ozil jelas sekali menyindir Arteta tentang apa yang sedang berlaku pada dirinya kini. Walaupun disisihkan Ozil terus berlatih dan cuba memenangi hati pengurus dan bekas rakan sepasukannya itu.

Arteta sebelum ini menyatakan Mesut Ozil tidak memuaskan hatinya dari segi kualitinya di pusat latihan. Dan membuatkannya terpaksa menyisihkan Ozil.

 

 

Baca yang lain