Pagi Sekolah, Malam Skor Gol Dalam Debut Di Trofi EFL, Itulah Luis Boyd Baru Berusia 15 Tahun

Pada pagi hari, Luis Boyd bersekolah di Healing School, dan sebelah petang balik sekolah dia melaporkan diri dalam pasukan utama untuk bermain.

Pada aksi malam itu juga dia  melakukan aksi ‘heroic’ dia di Blundell Park.

Dan pagi berikutnya, dia kembali semula ke sekolah bertemu dengan kawan kawan seusia dengannya yang lain. Itulah kehiudapan remaja itu.

Boyd pasti tidak akan pernah lupa malam dia menjadi pemecah rekod Grimsby Town.

Pemain berusia 15 membuat penampilan sulung untuk Mariners dalam pertembungan Trofi EFL mereka menentang Harrogate.

Impian murid Tahun 11 itu menjadi kenyataan ketika dia menukar pakaian seragam sekolahnya untuk mengenakan jersi pasukan pasukan utama setelah mendapat panggilan daripada pengurus Ian Holloway pada hari Isnin.

Dan setelah dia memecahkan rekod Tony Ford yang sudah berusia 45 tahun untuk debut termuda kelab itu – dia melangkah keluar dari bangku simpanan, Louis terus mengumumkan kehadirannya di persada arena bola sepak dengan gaya hebat ketika menjaringkan gol kedua Mariners pada debutnya.

Ianya hanya selepas 8 minit beliau berada di atas padang.

Jadi beliau mencatatkan dua rekod dalam satu malam. Rekod pemain paling muda melakukan debut dan pemain paling muda menjaringkan gol untuk kelabnya.

“Saya berada jauh dari gawang gol, tetapi bola menuju ke arah saya dan saya mengejarnya,” kata Louis.

“Saya kehilangan kata kata ketika melihat bola berada di dalam gol. Itu seakan mimpi dan bukan kenyataan, lalu semua orang meraikannya. ”

Sayang sekali, keluarga Louis tidak dapat melihat detik bersejarahnya secara langsung di depan mata mereka kerana UK masih melarang kehadiran penyokong.

Namun ibu bapa dan keluarga besarnya yang lain telah menyaksikan gol itu penuh bangga menerusi siaran langsung dan berulang kali menonton rangkuman gol itu.

“Saya baru tahu mereka gembira sehingga menjadi gila bersorak meraikannya. Mereka sangat bangga dengan saya, ”kata Louis.

Louis dikesan bakatnya oleh scouting Grimsby Town Under dan dimasukkan ke dalam pasukan B-13 sebelum ini.

Februari lalu beliau dianugerahkan biasiswa akademi Grimsby Town.

Sejak lockdown, Louis telah berlatih dengan jurulatihnya secara satu lawan satu.

“Saya rasa penat lelah itu seolah-olah telah terbayar!” katanya.

Ia pasti membuahkan hasil ketika Holloway membuat keputusan untuk memanggilnya dari bangku simpanan pada Selasa malam, dan bos Town itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya ketika serangan Louis berjaya menewaskan penjaga gol Harrogate, Joe Cracknell.

“Saya rasa ibu dan ayahnya serta keluarganya harus berbangga,” kata Holloway.

“Untuk datang ke sini dari sekolah, dan berada di ruang bilik persalinan yang berbeza dan kemudian tampil di lapangan dan menjaringkan gol seperti itu, sungguh mengagumkan.”

“Saya mahu menggunakan beliau, saya memerhatikannya sejak minggu lalu, saya fikir dia pemain yang indah, dia seperti rama-rama. Terapung seperti rama-rama, dan dia mampu menyengat seperti lebah [Floats like a butterfly, and he looks like he can sting like a bee]! ”

Setelah mengumumkan namanya kepada peminat Mariners secara luar biasa, Louis berharap kejayaannya di lapangan terus berterusan.

“Begitu ramai pemain luar biasa yang mempengaruhi saya. Ia menjadi impian saya, berharap memiliki kerjaya dalam bola sepak profesional.

Saksikan detik itu di sini:

Baca yang lain