Pakatan Tun M-anchester Beri Sokongan Kepada Steve Bruce Jadi Interim

Sir Alex Ferguson ataupun Tun M-anchester dilaporkan sudah memberikan sokongan beliau kepada seorang lagi pengurus untuk menggalas jawatan sebagai pengurus interim.

The Athletic telah melaporkan bahawa bekas pemain pertahanan United, Steve Bruce sudah menyatakan kepada United tentang minatnyta untuk mengisi kekosongan jawatan sementara di Old Trafford.

Β 

See lBruce telah menganggur sejak dipecat oleh Newcastle bulan lalu berikutan pengambilalihan yang diketuai oleh Arab Saudi. Bruce dianggap tidak sesuai dengan projek dan aspirasi pemilik baharu kelab.

Beliau juga dikatakan bermasalah dengan beberapa pemain di bilik persalinan. Ada beberapa pemain tidak sukakan Bruce terutama sekali pengurus itu dianggap tidak menunjukkan tauladan yang baik.

Misalnya sebelum dipecat, terdapat peristiwa di mana Steve Bruce masih berada di luar negara, bercuti. Sedangkan dia sudah mengingatkan para pemainnya datang ke sesi latihan pada hari itu.

Bruce dilaporkan masih berada di lapangan terbang di luar negara sedangkan para pemain sudah menunggunya di padang latihan. Itu bukan pertama kali Bruce datang ke pusat latihan sesuka hatinya.

Steve Bruce merupakan legenda Man United. Sebagai pemain, di mana Bruce menghabiskan sembilan musim di kelab itu dan merupakan sebahagian penting dalam kejayaan Sir Alex Ferguson pada musim musim kejayaan awal di Liga Perdana Inggeris.

Dia memenangi tiga kejuaraan liga dan Piala FA sebelum dia meninggalkan kelab itu pada musim panas 1996.

Bruce menyatakan kepada Manchester United bahawa beliau yakin akan dapat memperbaiki situasi di bilik persalinan Manchester United yang bergelut dalam beberapa minggu sukar kebelakangan ini.

Sir Alex yakin pengalaman Bruce akan membantu

Laporan di UK menyatakan bahawa Sir Alex Ferguson turut memberikan sokongan kepada protegenya itu untuk mengendalikan Man United secara interim sehingga hujung musim ini.

Menurut Ferguson, pengalaman Steve Bruce adalah kunci utama dalam usaha mengembalikan semula motivasi dan semangat di kem Manchester United dalam menghadapi baki musim ini.

Steve Bruce sudah mengendalikan 1,000 perlawanan sebagai pengurus pasukan. Bukti bahawa Steve Bruce sangat berpengalaman.

Tun M-anchester turut sokong Pochettino

Sebelum ini Sir Alex Ferguson ataupun Tun Manchester itu sudah memberitahu pendirian dari pihaknya bahawa dia mencalonkan Mauricio Pochettino sebagai pengurus Man United sama ada sebagai interim ataupun tetap.

Beberapa nama pengurus lain turut dikaitkan dengan Man United termasuk pengurus PSG, Mauricio Pochettino. Namun beliau baru sahaja memberitahu bahwa beliau gembira berada di ibu kota Perancis di Paris.

Pochettino tetap tidak menolak sepenuhnya sebarang kemunginan. Cuma tidak berminat membincangkan perkara itu secara terbuka atas dasar menghormati majikannya

Alex Ferguson merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Manchester United. Dianggap sebagai salah seorang ahli lembaga yang sangat berpengaruh kerana statusnya sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah Manchester United.

Sebelum ini Sir Alex Ferguson menjadi sebab kenapa Ole Gunnar Solskjaer masih bertahan sebagai pengurus walaupun mencatatkan keputusan kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan.

Ferguson dan Joel Glazer menjadi penyokong Ole pada ketika itu. Sehinggalah Ole kalah lagi 4-1 di tangan Watford. Barulah pengurus itu dipecat.

Beberapa tahun lalu, dia menjadi orang yang mencadangkan David Moyes agar menjadi penggantinya di Old Trafford. Namun malangnya Moyes tak kekal lama pada masa itu.

Kau abaikan je pandangan Atok Fergie, dengar cakap aku

Manchester United masih lagi rancak mencari pengurus baharu. Mengikut perancangan mereka mau membawa pengurus interim terlebih dahulu.

Dan akan melantik pengurus tetap pada pra musim akan datang. Buat masa ini skuad United dikendalikan oleh Michael Carrick secara sementara.

Carrick sendiri tidak dapat memberikan jawapan apabila ditanya berapa lamakah beliau akan berada di jawatan tersebut. Yang pasti Carrick sudah melepasi ujian pertamanya dengan jayanya. Menang 2-0 ke atas Villarreal di tempat lawan.

Selain Pochettino, United turut berminat dengan Zinedine Zidane dan Ralf Ragnick. Dua pengurus yang dianggap sangat berkaliber.

Seorang lagi legenda Manchester United yang download berminat menjadi pengurus interim ialah Mark Hughes. Di mana Hughes menyatakan bahawa pegawai pegawai tertinggi di Man United semua tahu nombor telefonnya

Dan dia menunggu panggilan mereka dari Old Trafford.

Baca yang lain