Park Hang Seo Tak Berminat Kendalikan Indonesia

Spekulasi mengenai masa depan Park Hang-seo selepas tidak menyambung kontrak bersama pasukan kebangsaan Vietnam mula timbul daripada ejen kepada jurulatih berpengalaman itu, Lee Dong-jun.

Sebelum ini media Vietnam melaporkan bahawa Park Hang-seo, menolak lanjutan kontrak baharu daripada VFF dan bersedia meninggalkan jawatannya.

VFF kemudian mengesahkan perkara tersebut. Park Hang-seo menyatakan rasa terima kasihnya kepada seluruh barisan VFF.

“Saya akan sentiasa mengingati kenangan perjalanan 5 tahun saya bersama bola sepak Vietnam sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam dan pasukan kebangsaan B-23.

“Saya sentiasa fokus pada setiap kejohanan. Walau apapun keputusannya, saya masih berpeluang tunaikan hasrat saya.”

“Tugas dan tanggungjawab adalah terima kasih kepada sokongan dan sokongan berterusan pemain,” kata Park Hang-seo.

Media di Vietnam kemudian mengaitkan jurulatih itu dengan beberapa negara. Laman berita TheThao247 menyatakan bahawa Indonesia antara negara yang dilihat berminat mendapatkan Park Hang Seo.

Ini selepas baru baru ini jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong yang memberikan bayangan bahawa dia sedia meletak jawatan sebagai tanggungjawab moral selepas tragedi Kanjuruhan.

Kenyataan mengejut itu dibuat selepas peminat mendesah KETUM PSSI, Mochammad Iriawan, untuk meletakkan jawatan. Shin Tae Yong menegaskan jika Mochammad Iriawan meletak jawatan, dia akan ikut sama.

Lantas nama Park Hang Seo dianggap calon pengganti paling sesuai.

Tetapi, ejen kepada Park Hang Seo, Lee Dong-jun telah menolak sebarang peluang Park Hang Seo akan ke Indonesia.

Ini kerana menurutnya, Park Hang Seo masih komited untuk memajukan bola sepak Vietnam dan menganggap Indonesia sebagai negara seteru Vietnam.

Park Hang Seo malah menyatakan bahawa dia berharap akan terus menjadi jambatan perhubungan untuk pembangunan bola sepak Vietnam dan Korea Selatan.

Lee Dong Jun menyatakan bahawa Park Hang Seo akan berehat seketika selepas tamat Piala AFF 2022. Dia akan menghabiskan masanya dengan keluarganya di Korea Selatan.

Ejen beliau menambah: “Coach Park juga sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan pusat bola sepak remaja di Vietnam.”

Jelas sekali Park Hang Seo sangat sayangkan bola sepak Vietnam. Dia berkata: “Saya telah hidup dalam bola sepak Vietnam tanpa sebarang dosa kepada mereka.”

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid