Pemain Ini Dijulang Sebagai Wira Oleh Tuan Rumah, Keluar Padang Demi Baiki Karan Stadium

Dalam bola sepak ada pelbagai cara untuk menjadi wira yang didendang dan dikenang. Daripada aksi Kjaer menyelamatkan nyawa rakannya Eriksen, kemudian aksi Reguillon dan Dier yang meminta pengadil menghentikan perlawanan kerana ada penyokong Newcastle rebah.

Sehinggalah…..

pemain pasukan pelawat yang datang memperbaiki lampuh limpah di stadium.

Ianya berlaku dalam aksi Trofi FA Inggeris. Trofi FA adalah gelaran untuk Piala FA bagi pasukan liga bawahan di England. Dan Piala FA Inggeris pula merujuk kepada Piala FA yang dimainkan dengan pasukan dari liga utama termasuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Kejuaraan.

Aksi antara Marine FC berdepan dengan Dunston UTS. Di mana aksi kedua dua pasukan terpaksa dihentikan seketika kerana lampu limpah di stadium mengalami kerosakan.

Perlawanan ketika itu baru sahaja bersambung beberapa minit pada separuh masa kedua.

Pemain pelawat, yang mewakili Dunston, Phil Turnbull meninggalkan padang dan pergi ke kotak suis untuk memperbaiki lampu tersebut.

Tunrbull merupakan pemain yang pernah bermain untuk Hartlepool United. Dan beliau sebelum ini bekerja sebagai juruelektrik.

Marine yang akan menjadi tuan rumah kepada Spurs dalam aksi Piala FA pada Januari 2021 ini sedaya upaya menunjukkan betapa mereka mampu mengendalikan suasana itu.

Keadaan menjadi sangat sukar apabila sampai 5pm pun situasi belum selesai. Lalu Turnbull datang menjadi wira.

Akaun rasmi Marine mengucapkan terima kasih kerapa usaha Turnbull.

Dan mereka benar benar berterima kasih kepada Turnbull yang mambantu mereka menyelesaikan masalah kegagalan sumber kuasa di stadium, yang ternyata berpunca dari kotak suis.

Jika tidak, pastinya Marine akan menerima akibat kerana gagal menyediakan venue perlawanan yang sempurna untuk aksi Trofi FA itu.

Turnbull menjelmakan sentuhan magisnya dengan membantu lampu limpah kembali terang benderang. Dan aksi pun disambung semula.

Aksi bersambung pada kedudukan 0-0. Dan kemudian kedua dua pasukan terikat 2-2.

Marine menang penentuan penalti 5-4. Namun mereka tetap memberikan penghargaan kepada wira sebenar pada hari itu iaitu Phil Turnbull.

Kisah tersebut menjadi perhatian seluruh dunia. Dan hari yang indah buat Turnbull di media sosial. Walaupun agak kecewa tersingkir.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah