Pembelian Pemain Dari Lampard Mirip Mourinho

Ketika Mourinho menandatangani Diego Costa dan Cesc Fabregas untuk Chelsea pada tahun 2015, dia berkata dia tahu kelab ini akan menjuarai Liga Perdana.

Kata-kata itu sangat padat dan ringkas malahan agak sombong ditambah dengan kenyataan dia membeli pemain yang mampu membawa pasukan menjuarai liga dengan harga berpatutan.

Pada hari ini Frank Lampard melakukan perkara hampir sama apabila membeli Hakim Ziyech dan Timo Werner dengan harga berpatutan.

Hakim Ziyech dibeli pada Februari dengan harga £ 35 juta. Kehadirannya Ziyech ke Chelsea menjadi penyebab Timo Werner menyertai kelab dari London itu.

Lampard pernah berkerjasama dengan Mourinho ketika dia bergelar pemain, dia tahu pasukannya memerlukan lebih jaringan.

Ahli Lembaga kelab bersetuju dan telah menandatangi pemain yang dimahukannya.

Sejarah lepas menunjukkan ahli lembaga pengarah kelab tidak selalunya bersetuju dengan pengurus mereka. Ketika Antonio Conte mahukan Romelu Lukaku, mereka membeli Alvaro Morata.

Selepas mengesahkan Ziyech dan Werner adalah milik mereka kini Chelsea menigkatkan usaha membawa masuk bek kiri dari Leicester City, Ben Chilwell.

Chilwell merupakan sasaran utama Lampard bagi menggantikan Emerson yang tidak konsisten.

Walaupun Chelsea mempunyai masalah di bahagian serangan -kurang gol- unit pertahanan mereka juga perlu dtingkatkan jika the blues serius mahu mencabar Liverpool dan Manchester City.

Pada musim ini Chelsea bolos 39 kali dalam 29 perlawanan dan Lampard melihat bek kiri England itu sebagai jawapan kepada masalah di bahagian pertahanan.

Mengimbas kembali pada tahun 2015, Mourinho telah melakukan pembelian hebat dengan Costa menjaringkan 20 gol dalam 26 penampilannya sementara itu Fabregas menyumbang 18 bantuan di Liga Perdana.

Setahun sebelumnya Chelsea tidak memenangi apa-apa gelaran domestik. Costa, Fabregas bersama Eden Hazard mengubah pasukan itu menjadi juara.

Menjelang jendela musim panas, keinginan Chelsea mendapatkan Werner berbaloi walaupun pemain ini berminat ke Liverpool.

Chelsea tidak membuang masa ketika bayaran pelepasan hanya sekitar £ 50 juta ketika Liverpool mengambil pendekatan mahu jumlah itu diturunkan.

Werner merupakan pemain paling banyak dengan jaringan di Bundesliga. Dia menjaringkan 25 gol dan menyumbang 8 bantuan.

Skuad muda Chelsea mungkin tidak bersedia menjadi seperti skuad 2015 tetapi kemasukan beberapa pemain bintang mungkin harapan itu menjadi kenyataan.

Roman Abramovic juga tidak keberatan memberi dana kepada Lampard untuk mendapatkan pemain pilihannya.

Lampard akan menetukan pemain mana yang akan kekal dan pemain mana akan pergi pada musim hadapan ketika pemain seperti Mason Mount, Reece James dan Tammy Abraham mempunyai musim yang berjaya.

Walaupun Chelsea gagal mendapatkan sebarang pemain pada jendela perpindahan tengah musim -Januari- namun urusniaga pemain pada penghujung musim agak membanggakan.

Chelsea melakukan bisnes pemain yang bagus sama seperti mereka lakukan pada tahun 2015.

Werner dan Ziyech mungkin tidak cukup untuk memberi cabaran kejuaraan pada musim depan tetapi ia menjadi pentanda Chelsea sekali lagi akan berbelanja selepas digantung dari melakukannya selama semusim.

Lampard yang memenangi 5 kejuaraan Liga sebagai dijangka akan terus diberi peluang untuk mencari kejuaraan ke-6 Chelsea sejak 1992.

Barisan pemain Chelsea musim 2019/20 dalam kempen Liga Perdana Inggeris

Baca yang lain