Pembida Menang Pakej Naik Roket Ke Angkasa Bersama Bezos Dengan Harga RM115 Juta

Pakej pergi ke ruang kapal angkasa Blue Origin yang dilelong oleh Jeff Bezos telah ada pembeli yang berjaya lock harga $28 juta ataupun sekitar RM115 juta.

Terdapat 20 pembida yang aktif bersaing dengan bidaan bermula $4.8 juta. The Guardian melaporkan bahawa majlis bidaan itu hanya berlangsung 10 minit dengan 3 minit terakhir proses bidaan menjadi sangat sengit.

Sebenarnya terdapat 7,600 orang pembida mendaftarkan diri daripada 159 buah negara. Namun selepas saringan mengambil kira banyak aspek termasuk kesihatan fizikal, maka terdapat 20 orang pembida akhir yang bertarung.

Pemenang tidak didedahkan indentitinya buat masa ini. Namun pemenang tersebut akan menyertai pengasas Amazon, Jeff Bezos dan adiknya Mark di dalam roket khas.

Perjalanan itu dijangka akan mengambil masa 11 saat untuk sampai ke Blue Origin dan akan berlepas dari Van Horn, Texas.

Kapsul tersebut akan memuat enam orang penumpang walaupun syarikat mereka belum mengumumkan senarai penumpang akhir.

Minggu lalu, Jeff Bezos meletakkan jawatannya sebagai CEO Amazon, 15 hari sebelum penerbangan khas itu.

Dia memuat naik status berkata: “Sejak berusia 5 tahun lagi saya berimpian untuk terbang ke angkasa. Pada 20 Jilai ini, saya akan pergi bersama dengan adik saya. Ianya pengembaraan angkasa yang hebat dengan rakan baik saya.”

Hasil dari lelongan akan disumbangkan kepada organisasi bukan berkeuntungan Blue Origin Club for the Future, yang menyokong kanak-kanak yang berminat dalam kerjaya di industri Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Angkasawan Blue Origin dan Pengarah Jualan Orbital Ariane Cornell mengatakan bahawa penerbangan pertama New Shepard akan diisi dengan 4 penumpang, iaitu Jeff Bezos, abangnya, pemenang lelongan tiket, dan seorang lagi penumpang lain yang akan diumumkan kemudian.

Penerbangan ulang-alik ruang angkasa New Shepard akan dilancarkan pada 20 Julai. Roket ini mampu meluncur sejauh 100 kilometer ke angkasa, dan dapat terbang secara automatik.

Tarikh pelancaran roket tersebur adalah pada 20 Julai, sebagai menandakan ulang tahun ke-52 pendaratan bulan Apollo 11.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid