Peminat Mahu UEFA Denda Maccabi Haifa Kerana Achraf Hakimi Diejek Secara Rasis Sebab Sokong Palestine

Achraf Hakimi melalui hari yang agak mencabar di Israel. Ini selepas pemain itu dilaporkan terpaksa diletakkan di bangku simpanan kerana PSG tahu penyokong Maccabi Haifa akan memberikan tekanan yang teruk kepada pemain itu.

RMC mengesahkan bahawa Hakimi tidak berada di kesebelasan utama atas alasan yang berkaitan dengan unsur politik. Di mana pendiriannya ke atas Palestine sebelum ini dianggap berunsurkan politik walaupun Hakimi menyatakan sebelum ini dia melakukan perkara itu atas dasar kemanusiaan.

Perkara itu dikhuatiri oleh PSG akan menimbulkan suasana tegang dan mengganggu rentak pemain itu di atas padang.

Ketika pemain itu dimasukkan, dia telah diboo dan diejek dengan bahasa bahasa jelek dan kesat. Ianya kerana Achraf Hakimi sebelum ini pernah menyatakan pendirian terbukanya dengan tweet Bebaskan Palestine.

Oleh sebab itu peminat Maccabi Haifa tidak menerima kehadiran Hakimi. Malah mereka menuduh Hakimi sebagai penyokong keganasan kerana di mata mereka Palestine adalah pengganas.

Hakimi memberikan reaksi sinis dengan meletakkan tangan di telinganya tanda dia mahukan ejekan lebih kuat lagi.

Perkara yang sama berlaku kepada Hakimi ketika aksi pra musim menentang Napoli di Tel Aviv yang lalu. Dia turut diejek dan diboo.

Berbalik kepada aksi antara PSG dan Maccabi Haifa, ada peminat mempersoalkan perlindungan oleh UEFA ke atas pemain seperti Hakimi. Yang jelas sekali ejekan itu ada yang  berbaur rasis.

Josh juga membandingkan situasi itu dengan pemain kulit hitam yang sebelum ini berdepan dengan beberapa isu ejekan perkauman. Di mana ada pasukan akan keluar dari padang tanda sokongan.

Beberapa tahun lalu, PSG pernah berlaku di mana pembantu jurulatih Istanbul Basaksehir, Pierre Webo menuduh pegawai perlawanan rasis dengannya dan perlawanan dihentikan. Pemain pemain PSG keluar padang bersama sama dengan pemain Istanbul Basaksehir yang lain tanda solidariti.

Jadi peminat mempersoalkan tindakan pasukan Maccabi Haifa dan PSG terutamanya. Kenapa pemain pemain mereka tidak memberikan solidariti buat Hakimi.

UEFA sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, sesebuah pasukan itu berhak untuk keluar padang jika ada bukti pemain pemain diserang dengan ejekan berbaur rasis dan diskriminasi.

Josh berkata: “Ini sangat sangat memalukan apabila Hakimi melalui semua ini. Bayangkan Mbappe yang mengalami pengalaman seperti ini. Perlawanan akan dihentikan. Lawan PSG tu mungkin tak akan dibenarkan bermain di UCL lagi.”

Ada yang menuntut agar Maccabi Haifa dihukum di atas kelakuan rasis para penyokongnya. Sebelum perlawanan lagi sudah tersebar rumors bahawa Hakimi tak akan berada di kesebelasan utama atau mungkin tak bermain langsung atas alasan berunsur politik.

Kaiser Souze berkata: “Mengarut betul. Hakimi seharusnya bermain. Jika dia menerima ejekan berbaur perkauman, makan Maccabi Haifa harus dihukum tidak berada di UCL. Biarkan sahaja pasukan Eropah ini menentukan pemain mana yang mereka mahu turunkan di kesebelasan utama.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.