Peminat Ngilu Campur Terharu Lihat Stone Cold Sanggup ‘Beli’ Suplex Kevin Owens

Peminat WWE seolah olah tidak percaya apabila ‘Stone Cold’ Steve Austin sanggup membeli suplex daripada Kevin Owens dalam WrestleMania.

Malah ada yang merasa ngeri namun kemudian terharu kerana itu bukti Stone Cold benar benar cintakan WWE dan sanggup berbuat apa sahaja demi peminatnya.

Stone Cold terlibat dalam pameran WWE buat pertama kali selepas 19 tahun pada Sabtu lalu. Dia bertemu dengan bekas juara Univesal, Kevin Owens dalam acara ‘No Holds Barred’.

‘The Texas Rattlesnake’ berjaya memberikan masalah kepada Owens, namun terkena penangan Suplex dalam pertarungan ini.

Owens menjulang Austin ke udara dan menghempaskannya. Di mana Stone Cold terus memegang tengkuknya.

Gerakan itu sendiri sangat sinonim dengan Stone Cold. Dan tak lupa juga, salah satu aksi suplex legenda dalam WWE adalah melibatkan Stone Cold. Di mana dia perna di-suplex oleh Chris Benoit sebanyak 10 kali berturut turut.

Twitter WWE sendiri terkejut dengan aksi itu. Ini kerana sebelum ini Stone Cold pernah beberap mengalami kecederaan di tengkuknya sehingga hampir meragut nyawanya.

Aksi itu sangat berisiko untuk dilakukan sekali lagi. Kerana impaknya akan menjadi sangat buruk kepada penggusti yang pernah mengalami kecederaan serupa, jika tersilap dilakukan.

Lebih lebih lagi untuk Stone Cold mengalami beberapa siri kecederaan di tengkuk sepanjang kariernya. Dan dia terpaksa bersara kerana kecederaan tersebut pada 2003.

Peminat memberikan komen terkejut dan menyatakan bahawa mereka tidak menjangka sama sekali Stone Cold akan sanggup di-supplex sekali lagi.

Seorang lagi berkata: “Otot aku pula yang ngilu melihatnya di TV.”

Manakala seorang lagi menyatakan bahawa: “Ini bukti betapa cintanya Austin kepada bidang ini. Masih terkesima!”

Peminat yang ketiga berkata: “Orang yang pernah cedera di tulang tengkuknya sanggup ‘membeli’ aksi ini! Wow!”

Bercakap kepada wartawan selepas tamat pertarungan, Austin berkata: “KO itu luar biasa. Ianya satu penghargaan untuk berada di sini selepas melalui banyak sekali perlawanan hebat dalam karier saya.”

“Kamu tengoklah keseronokan para peminat, dan orang orang sebelum saya, mereka menikmati pertarungan pertarungan luar biasa. Sangat sukar nak mengikut rentak mereka.”

“Namun kamu hidup dan mati kerana sorakan peminat seperti itu.”

“Sorakan ini penuh dengan kepercayaan, kesetiaan, dan sangat menyokong di belakang kamu dalam semua perkara yang kamu lakukan. Jadi saya nak memberikan penghargaan saya kepada superstar supersetar WWE yang pernah muncul sebelum saya dan mereka yang akan beraksi malam esok.”

“Penghargaan terbesar saya adalah buat para peminat yang bersorak.”

Stone Cold kejutkan Kevin Owens

Kevin Owens telah dikalahkan secara mengejut oleh legenda gusti, Stone Cold Steve Austin dalam acara utama malam pertama Wrestlemania pada hari Sabtu.

Marieville secara asalnya menjemput “Texas Rattlesnake” untuk rancangan bual bicara, tetapi itu berakhir dengan Owens menjemput Austin ke pertarungan No Holds Barred.

Selepas beberapa meja dirobohkan, kerusi ditendang dan ahli gusti bertempur di luar gelanggang, Owens meneruskan langkah penyudahnya — salinan karbon stunner milik Stone Cold — tetapi tidak dapat melakukannya dengan berkesan. Stone Cold Steve Austin kemudian membalas dengan kejutan tersendiri untuk memenangi perlawanan itu.

Dalam aksi lain, bekas bintang UFC Ronda Roussey telah dikalahkanoleh Charlotte Flair, bintang YouTube Logan Paul dan pasangannya The Miz memenangi perlawanan mereka menentang Rey dan Dominik Mysterio, dan Cody Rhodes menang dalam kepulangan semulan dia ke WWE menentang Seth Rollins.

Baca yang lain