Pemuda Palestin Ini Panjat Tingkap Hospital, Dan Sayu Melihat Ibunya Menghembuskan Nafas Terakhir

Ketika seorang wanita tua warga Palestin berbaring di hospital dengan penyakit COVID-19 dan leukemia, anaknya yang taat dan menyayangi ibunya memanjat ke tingkap wadnya untuk melihat wajah ibunya sebelum wanita itu meninggal dunia.

Di Palestin, pada minggu lalu, terdapat lebih dari 10,923 kes coronavirus yang disahkan, dengan lebih 67 kematian.

Rasmi Suwaiti, 73, meninggal pada hari Khamis 16 Julai, setelah dimasukkan di unit rawatan intensif Hospital Negeri Hebron.

Dia meninggal tidak lama setelah lawatan yang tidak dijangka dari anaknya, Jihad Al-Suwaiti yang melawatnya menerusi tingkap.

Jihad sanggup merisikokan nyawanya memanjat dinding hospital itu demi melihat ibunya tercinta.

Ini kerana dia sudah tentunya dia tahu – tak dibenarkan masuk ke dalam wad. Hanya itu caranya dia dapat ‘menjaga’ emaknya di hospital.

Dan pegawai hospital di situ pula memberikan kelonggaran kepada Jihad. Benda tu sangat bahaya. Tapi kasih sayang seorang anak mengatasi semuanya.

Gambar Jihad yang memilukan itu dikongsi oleh Mohamad Safa, seorang aktivis hak asasi manusia dan wakil PBB.

Dia menulis: “Seorang anak lelaki wanita Palestin yang dijangkiti COVID-19 naik ke tingkap bilik hospitalnya untuk duduk dan melihat ibunya setiap malam sehingga dia meninggal dunia.”

Gambar itu, bersama dengan ilustrasi khusus, telah mengumpul lebih dari 205,000 like dan 76,000 retweet sejak disiarkan pada 18 Julai, lapor MailOnline.

Lelaki berusia 30 tahun, dari bandar Beit Awwa, ‘menghabiskan sebahagian besar harinya di sana’,  menurut kenyataan oleh seorang pegawai hospital kepda media tempatan.

Sambil menambah bahawa Jihad memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, dan dia hanya turun ketika dia yakin bahawa ibunya benar benar sedang tidur lena.

Jihad memberitahu The Arabic Post:

“Pada pukul 8 malam saya keluar … untuk membawa barang-barangnya, kemudian abang jururawat saya memanggil saya untuk memberitahu bahawa ibu saya dalam keadaan sangat lesu.”

“Semasa saya cuba memasuki biliknya; untuk berada di sebelahnya pada saat-saat terakhir, pintu itu ditutup, jadi saya naik ke tingkap biliknya, dan saya memerhatikannya dari belakang kaca luar sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.”

“Saya duduk dengan tidak berdaya di belakang tingkap luar bilik rawatan intensif itu… Saya merasa sangat tidak mampu melakukan apa sahaja untuk menyelamatkannya, kemudian dia pergi dan meninggalkan saya.”

Ahli keluarganya menyatakan Jihad sangat ‘marah dan terkejut’ setelah kematian ibunya. Dia marah kerana merasakan dia tak mampu melakukan apa apa untuk ibunya yang sedang menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.

Namun Jihad akhirnya ditenangkan oleh mereka. Kerana Jihad merupakan anak lelaki yang luar biasa serta ikhlas menyayangi ibunya.

Selepas itu barulah Jihad lebih tenang dan menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi menemui sang pencipta.

Jihad dan dua lagi adik beradiknya mengebumikan ibunya dalam suasana sangat tertutup dan tak dibenarkan ahli keluarga lain yang hadir.

Jihad juga dilaporkan telah menulis surat kepada kerajaan dan meminta tindakan lebih pro aktif mengenai kesedaran masyarakat di sekitar COVID-19. “Orang miskin dan keliru, dan ada yang tidak percaya bahawa ada virus ketika ini,” tulisnya.

Ramai netizen tersentuh dengan apa yang berlaku kepada anak dan ibu itu.

Malah ada yang mendoakan mereka akan mendapat seorang anak seperti Jihad, berbanding dengan harta yang banyak.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai