Penyokong England Mulai Risau Mereka Bungkus Awal Sebab Video Ini

Penyokong England mulai tak sedap hati dengan prestasi pasukan mereka dalam Piala Dunia 2022 kali ini.

Ianya selepas satu video menunjukkan wajah pemain pemain England bagai nak tercabut nyawa ketika berdepan dengan cuaca panas di Qatar.

Cabaran utama negara negara beriklim sejuk seperti England adalah cuaca yang berbeza di Qatar.

Dalam video tersebut pemain pemain England terus menuju kipas dengan ada semburan air (mist) untuk menyejukkan badan mereka ketika latihan.

Casey Evans berkata: “Lol, Iran makan kita ni nanti, bebudak ni nak mati kat sana tu.”

Ada juga yang menyatakan bahawa video itu petunjuk bahawa England akan balik awal atau bungkus awal.

Namun ada yang kekal positif bahawa pemain pemain England ini adalah profesional sejati yang sudah bersedia dengan tempat bermain yang berbeza termasuk cabaran seperti cuaca dan permukaan padang.

Pihak penganjur Piala Dunia 2022 sebenarnya faham tentang cabaran cuaca dan suhu yang mencabar bagi menganjurkan Piala Dunia.

Oleh sebab itu di setiap stadium sudah dipasang penghawa dingin khas untuk menyejukkan stadium 2 jam sebelum sepak mula.

Penghawa dingin tersebut akan memastikan suhu di dalam stadium sekitar 18-24 darjah celcius.

Ianya akan membantu penyokong kekal dalam keadaan nyaman dan tidak terlalu panas. Kerana jika terlalu panas ianya dikhuatiri akan memudaratkan keselamatan penyokong yang terlalu ramai.

Di bawah permukaan padang turut dipasang sistem kawalan haba yang khas dan boleh membantu menyejukkan padang sekali.

Mungkin teknologi ini akan membantu England daripada rasa nak mati bermain di Qatar.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang