Penyokong Ini Nak Serang Keeper Sevilla, Akhirnya Tegelincir Dan Dikunci Dengan Gaya UFC

Penjaga gol Sevilla terbabit dalam pergelutan sensasi dengan peminat yang menceroboh masuk padang semasa perlawanan menentang PSV Eindhoven pada petang Khamis.

Penceroboh tersebut awalnya berlagak samseng namun berakhir dengan detik dia pula dikunci oleh penjaga gol Sevilla dengan gaya seorang petarung UFC.

Insiden itu berlaku semasa beberapa minit terakhir pertembungan Liga Europa mereka, yang mana Sevilla menang dengan agregat 3-2.

Penceroboh padang itu – dipercayai peminat PSV – kelihatan cuba menghayunkan tumbukan ke arah Marko Dmitrovic sebelum penjaga gol Serbia itu bertindak balas.

Penceroboh tersebut sebenarnya tergelincir selepas dia menghayunkan tumbukan ke arah penjaga gol.

Dmitrovic, 31, menangkap penceroboh padang dan menghempasnnya ke tanah sebelum beberapa pemain Sevilla – dan beberapa bintang PSV – bergegas untuk membantu penjaga gol itu.

Petugas keselamatan gagal menghentikan penceroboh padang itu lebih awal.

PSV, yang mengharungi musim sukar di Eredivisie, tahu ada gunung yang perlu didaki di Stadion Philips selepas tewas pada perlawanan pertama 3-0 di Sepanyol minggu lalu.

Untuk seketika ia kelihatan seolah-olah Sevilla akan mudah untuk menang, tetapi perlawanan akhir yang tegang mengubahnya.

Jaringan Luuk de Jong pada minit ke-77 membolehkan PSV kembali ke dalam persaingan sebelum Fabio Silva menjadikan kedudukan agregat menjadi 3-2 pada masa tambahan.

Namun tuan rumah tidak menjumpai gol penyamaan agregat dan ketegangan memuncak apabila penceroboh padang menyerbu ke arah Dmitrovic dan adegan huru-hara berlaku.

Sevilla atau PSV masih belum mengulas mengenai perkara itu, tetapi Dmitrovic telah bercakap dengan wartawan. “Dia datang dan menolak saya dari belakang,” dakwa penjaga gol itu.

“Dia mungkin marah dengan keputusan itu dan sudah agak gila. Dia cuba menumbuk saya dan saya berjaya menangkapnya dan menguncinya sementara menunggu petugas keselamatan tiba. Ia tidak pernah baik untuk melihat ini dalam bola sepak, ia tidak sepatutnya berlaku dan saya harap penceroboh akan dihukum dengan setimpal.”

Saksikan detik itu di sini:

Baca yang lain