Pique: “Guardiola Tinggalkan Barca Sebab Dah Tak Tahan Dengan Mourinho”

Bek tengah Barcelona Gerard Pique membuat kenyataan mengejutkan dengan mendakwa Pep Guardiola sangat terganggu dengan perang saraf perang saraf daripada Jose Mourinho dan menyebabkan Pep memutuskan untuk untuk pergi pada 2012.

Perseteruan sengit dan panas antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho berlaku dalam bola sepak Sepanyol dari tahun 2010 hingga 2012.

Antara detik paling gila berlaku adalah ketika Mourinho mencucuk mata pembantu Guardiola, mendiang Tito Villanova di matanya.

Ianya adalah kali pertama Pep Guardiola menjadi pengurus di Sepanyol bersama Barcelona bermula pada 2008. Ianya selepas Barcelona cuba mengembalikan semula DNA bola sepak mereka berasaskan La Masia sekali lagi.

Guardiola dianggap calon paling sesuai untuk menggalas tugasan itu.

Pada musim pertamanya di Barcelona, ​​​​walaupun bermula dengan agak sukar, namun Pep Guardiola segera membawa kelab Catalan itu memenangi treble dengan memenangi Liga Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Ianya telah menaikkan nama Pep Guardiola selaku pengurus dan tactician yang bagus.

Pada 2010, Jose Mourinho mula datang ke Sepanyol untuk menyertai Real Madrid dan cuba mengganggu dominasi Barcelona. Di mana Guardiola benar benar diberikan persaingan kuat oleh Real Madrid di bawah Jose Mourinho.

‘Perang’ antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho tidak dapat dielakkan walaupun ketika itu Guardiola cuba untuk tidak melayannya.

Tetapi Mourinho sering menggunakan permainan minda dan perang saraf dalam temubual beliau untuk memprovokasi lawannya itu. Ianya membuatkan Pep turut termakan dengan provokasi Mourinho terutama sekali secara mental.

Mourinho dan Pep merupakan sahabat baik ketika kedua duanya merupakan sebahagian daripada kejurulatihan Barcelona pada 2008.

Meskipun Pique mengakui ianya sebahagian daripada bola sepak, walaubagaimanapun, menurut Gerard Pique, Mourinho pada satu ketika adalah agak melampau dalam perperangan itu.

Mourinho mulai menjadikan Guardiola sebagai sasarannya dalam semua perkara di hadapan media. Pep Guardiola yang masih baru dalam pengurusan, sudah tak tahan lalu mengambil keputusan untuk meninggalkan Barcelona.

Keputusan itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Kerana Guardiola telah memiliki segala galanya di Barcelona. Daripada pengurus muda yang tidak begitu dipercayai segelintir peminat dia menjadi pengurus yang sangat berpengaruh.

Populariti Guardiola malah di atas mana mana pemain dan pengurusan tertinggi pada masa itu.

Ketika itu Guardiola dilaporkan meninggalkan Barcelona kerana dia tidak gembira dengan layanan media di Sepanyol yang seringkali menghentam dia dan Barcelona.

Tetapi bekas pemainnya, Gerard Pique pula menyatakan bahawa, kesan daripada perang saraf Jose Mourinho membuatkan Guardiola agak sensitif secara emosi dan angkat kaki.

“Kami memenangi segala-galanya ketika itu dan saya masih ingat bahawa kali pertama Mourinho datang ke Camp Nou, dia tewas 5-0 menentang kami,” kata Pique kepada Gary Neville.

“Bagaimanapun, dalam sidang akhbar, Mourinho sentiasa dalam gayanya dan saya rasa bagi Guardiola pada satu ketika, perkara itu terlalu berlebihan.”

“Kadangkala ia lebih penting apa yang berlaku di luar padang berbanding di atas padang.”

“Madrid memenangi liga pada 2012. Selepas itu, Guardiola tiba-tiba memutuskan untuk pergi atas banyak sebab.”

“Bagaimanapun, saya percaya sebahagian daripada alasannya adalah kerana dengan Mourinho ia terlalu banyak menyerangnya dengan perang saraf.”

Jose Mourinho adalah jurulatih yang paling banyak ditentang oleh Pep Guardiola, begitu juga sebaliknya.

Kedua-dua jurulatih itu telah bertembung antara satu sama lain selama 25 kali, baik dalam pertandingan Sepanyol, England dan di Eropah.

Dalam 25 pertemuan itu, Guardiola menang 12 kali dan kalah 7 kali.

Selebihnya, pertarungan antara Guardiola dan pasukan Mourinho berkesudahan dengan keputusan seri.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi