Pogba U-Turn Dan Tunggu Tawaran Kontrak Man United

Paul Pogba dilaporkan sudah bersedia untuk mengubah keputusannya sebelum ini yang menyatakan beliau mahu meninggalkan Man Utd selepas tamat musim ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Mino Raiola, yang menegaskan bahawa Pogba mahu keluar daripada Manchester United pada akhir musim ini kerana tidak yakin dengan kestabilan pasukan yang ada pada hari ini.

Raiola sudah bersedia untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi Manchester United selepas tamat musim ini.

Raiola membayangkan bahawa Paul Pogba sedang terperangkap dalam situasi rumit di Manchester United yang membuatkannya sukar untuk keluar.

Pogba U-Turn

Dan kini pemain kebangsaan Perancis itu mahu melihat tawaran kontrak baru daripada Manchester United kepadanya. Beliau mahu kekal lebih lama.

Masa depan Paul Pogba menjadi persoalan kerana kontrak semasa beliau akan memasuki baki dua tahun terakhir terakhir selepas tamat musim ini.

Terdapat banyak kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat beliau. Antaranya Juventus dan juga Real Madrid.

Tetapi ejennya Mino Raiola menyatakan bahawa Paul Pogba lebih memilih untuk kembali semula ke Juventus.

Prestasi semasa Manchester United – yang berada di landasan terbaik untuk bersaing empat teratas – juga dikatakan menjadi salah satu sebab yang membawa kepada pusingan u oleh Paul Pogba.

Walaubagaimanapun Paul Pogha dikatakan mahu meminta gaji mingguan antara yang tertinggi di kelab tersebut iaitu sekitar £400,000 seminggu.

Manchester United kini cemerlang terutama terutama sekali selepas mereka memperbaiki bahagian tengah dengan menandatangani Bruno Fernandes pada jendela perpindahan Januari lalu.

Ole Gunnar Solskjaer beberapa minggu yang lalu memberitahu bahawa beliau mahukan Paul Pogba untuk kekal.

Namun beliau memberikan peringatan agar pemain itu menasihati ejennya Mino Raiola agar tidak sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Paul Pogba.

Perkara itu telah mengundang amarah pada Mono Raiola. Dimana Super ejen tersebut menegaskan bahawa Paul Pogba bukannya milik mutlak Ole Gunnar Solskjaer. Kerana dalam dunia moden pada hari ini tiada lagi mengamalkan perhambaan.

Paul Pogba musim ini banyak berhadapan dengan masalah kecederaan yang membuatkannya kerap tersisih. Pada ketika ini beliau dikatakan sudah pulih namun perlu untuk melepasi saringan akhir kecergasan sekiranya mahu bermain dalam hari perlawanan.

Manchester United ketika ini dikuatkan oleh Bruno Fernandes dan juga Fred di bahagian tengah. Pemain lain adalah seperti Nemanja Matic.

Manchester United juga turut menerima kepulangan semula Scott McTominay daripada kecederaan. Di mana pemain antarabangsa Scotland itu menjaringkan gol kedua Manchester United dalam Derbi Manchester pada minggu lalu.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk menggandingkan Paul Pogba dengan Bruno Fernandes di bahagian tengah.

Ini kerana beliau percaya pemain kebangsaan Portugal itu akan mampu untuk membantu Paul Pogba untuk mengeluarkan yang terbaik daripada permainannya.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi