Bilangan kes wabak di Malaysia telah menurun dengan memberangsangkan sekali kerana PKP yang dilaksanakan.
Ia juga berkat usaha gigih kita semua sebagai rakyat Malaysia serta pihak berwajib seperti polis, tentera, doktor, jururawat dan sebagainya.
Untuk memastikan keselamatan seluruh rakyat Malaysia, kerajaan telah melarang perjalanan rentas antara negeri sepanjang Raya tahun ini.
Mulai hujung minggu lalu, banyak sekatan jalan raya dipasang di tol untuk menangkap orang yang melakukan perjalanan rentas antara negeri tanpa izin.
Selain itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan bahawa anggota polis dan tentera akan melakukan rondaan di kawasan kejiranan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia mematuhi SOP yang diberikan oleh kerajaan.
Awal hari ini, nampaknya polis Kedah sudah mulai melakukan rondaan dan membuat pemeriksaan mengejut di kawasan mereka.
Menurut siaran Facebook oleh PDRM Kubang Pasu yang viral, difahamkan bahawa pihak berkuasa di Kubang Pasu telah memulakan pemeriksaan dari rumah ke rumah hari ini (20 Mei).
Pemeriksaan mengejut ini juga bukan sahaja melibatkan Polis Diraja Malaysia, malah turut melibatkan RELA, tentera dan juga pasukan pertahanan awam.
Menteri Kanan Ismail Sabri mengatakan pada 19 Mei bahawa pihak berkuasa mungkin akan memeriksa rumah anda dengan lebih lanjut sekiranya mereka mendapati banyak kenderaan diparkir di luar kediaman.
Kerana ini menunjukkan bahawa ramai orang berkumpul di tempat yang sama pada satu satu masa.
Selain daripada itu, sekiranya kenderaan tersebut mencurigakan, mereka akan memeriksa nombor plat dengan senarai mereka untuk mengetahui sama ada pemiliknya telah melalui jalan raya dan adakah mereka mempunyai kebenaran untuk melakukannya.
Sekiranya mereka mengetahui bahawa individu tersebut melakukan perjalanan rentas negeri tanpa izin, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Jangan risau apabila mereka mengetuk pintu anda untuk melakukan pemeriksaan spot check! Mereka hanya menjalankan tugas mereka dengan memastikan semua orang mematuhi SOP – tidak dibenarkan perjalanan rentas antara negeri – kecuali ada kebenaran.
Selain itu, kerajaan turut melarang lebih dari 20 orang berkunjung pada satu satu masa ketika hari raya kelak.
Harap semua orang akan menghormati SOP yang diberikan oleh kerajaan dan tolonglah terus kekal berada di rumah jika tidak ada keperluan untuk keluar!
Dalam kenyataan Facebook PDRM Kubang Pasu menyatakan:
“Selaras dengan arahan dari pihak Kerajaan mulai harini sehingga menjelang Aidilfitri pihak berkuasa akan membuat pemeriksaan rumah ke rumah secara mengejut di daerah Kubang Pasu.
Pasukan pemantau ini terdiri daripada Anggota PDRM, ATM, APM & RELA. Pemantauan ini dibuat adalah untuk memastikan masyarakat mematuhi garis panduan PKPB yang telah di keluarkan.
Terimalah kehadiran pasukan pemantau ini ke rumah-rumah anda dengan hati terbuka. 😄
Min teringat lemang,ketupat,rendang di Kampung.”