Portimonense (Bekas Kelab Pawi) Tamatkan Kontrak Honda Selepas 5 Hari Atas Alasan Tak Masuk Akal

Keisuke Honda terpaksa meninggalkan Portimonense hanya selepas 5 harui di kelab tersebut.

Bekas pemain AC Milan, CSKA Moscow dan Botafogo itu sebelum ini diumumkan sebagai pemain baharu kelab. Honda sangat gembira, pada usianya 34 tahun, beliau melihat ia peluang untuk melanjutkan lagi kariernya.

Honda mengikuti jejak Safawi Rasid, menjadi pemain Asia yang menyertai Portimonense pada musim ini. Namun tak pasti Astro Arena Jepun ada mengambil siaran langsung khas perlawanan Portimonense.

Safawi sebelum ini berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab tersebut. Namun tempoh pinjaman Pawi tak lama.

Portimonense menandatangani Honda secara percuma selepas beliau menjadi ejen bebas Januari. Ini selepas kontrak beliau rasminya ditamatkan oleh Botafogo pada Disember dan Honda bebas mencari kelab baru.

Para peminat Portimonense sangat gembira dengan berita tersebut.

Lalu Honda memutuskan untuk menerima tawaran daripada pasukan Primera Liga Portugal itu.

Malah Honda tanpa berselindung menyatakan beliau mengintai tempat untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo. Aksi bersama Portimonense dianggap Honda peluang terakhir untuknya untuk mengejar impian yang agak mustahil itu.

Malang sekali, Portimonense menjadikan alasan yang sangat tidak masuk akal untuk menamatkan kontrak Honda.

Portimonense terpaksa meminta persetujuan bersama dengan Honda untuk menamatkan kontrak kerana mereka tidak boleh mendaftarkan Keisuke Honda ke dalam pasukan.

Hal ini kerana, di Portugal, pendaftaran pemain ejen bebas selepas jendela perpindahan Eropah ditutup hanya dibenarkan untuk pemain yang berstatus ejen bebas pada atau sebelum Oktober tahun sebelumnya.

Anehnya, pengarah sukan dan pegawai Portimonense langsung tidak cakna akan hal tersebut. Portimonense menandatangani Honda untuk membantu mereka mengelak daripada tersingkir.

Tidak pasti pengarah sukan tersebut kerja kerana atas dasar kabel semata mata sehingga teruk benar kesilapan dilakukannya.

Ni la padahnya apabila datang taklimat liga hanya semata mata nak isi kehadiran dan makan karipap.

Buat masa ini, tiada lagi berita Honda mahu menuntut pampasan kontrak beliau. Jika Honda mahu berbuat begitu, pastinya Portimonense akan rugi besar.

Mujur Honda masih lagi memiliki pekerjaan lain. Beliau merupakan pengurus pasukan Kemboja. Dan pada masa yang sama rakan niaga Will Smith.

Namun Honda dilaporkan masih berusaha untuk memastikan dia berjaya mendapatkan tempat dalam skuad Olimpik Tokyo mewakili negaranya Jepun selaku tuan rumah.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid