Presiden FIFA Umum Arab Saudi Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Arab Saudi berjaya menebus kehampaan mereka dalam bidaan Piala Dunia 203o bersama sama dengan Mesir dan Greece. Kerana mereka berjaya mendapatkan hak pengajuran tunggal Piala Dunia 2034.

FIFA sebelum ini mengutamakan bidaan dari Asia dan Oceania. Dengan calon akhir adalah antara Arab Saudi dan Australia.

Namun apa yang mengejutkan, Australia menarik diri saat akhir, dengan mengesahkan fokus mereka adalah kepada penganjuran Piala Asia Wanita 2026 dan Piala Dunia Kelab 2029 yang akan datang.

Arab Saudi menjadi calon tunggal dan tiada pesaing. Gianni Infantino – Presiden FIFA – telah mengesahkan bahawa Arab Saudi akan menjadi penganjur Piala Dunia 2034.

Gianni Infantino berkata: “Bola sepak menyatukan dunia lebih daripada mana mana sukan lain. Piala Dunia adalah pameran yang sempurna untuk menyampaikan mesej kesatuan dan inklusi. Budaya yang berbeza boleh bersatu padu.”

Arab Saudi memang serius dalam usaha mahu menjadi penganjur Piala Dunia. Terutama sekali selepas melihat jiran yang mereka tak nak kalah, Qatar dipuji masyarakat dunia kerana berjaya dalam penganjuran Piala Dunia 2022.

Awalnya, ramain sangsi kemampuan Qatar menjadi penganjur Piala Dunia kerana kedudukan negara itu di iklim gurun yang panas. Qatar menggunakan teknologi khas seperti stadium berhawa dingin untuk memastikan pemain tidak mengalami masalah dehidrasi.

Arab Saudi sudah melantik beberapa bintang bola sepak menjadi duta pelancongan mereka termasuk Lionel Messi. Selain itu, nama pemain pemain yang beraksi di Liga Pro Saudi seperti Neymar, CR7 dan ramai lagi ada kontrak khas dengan kerajaan Arab Saudi bahawa mereka akan dibayar setiap kali memuat naik cerita tentang Arab Saudi.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai