Presiden Filipina Mahu Mereka Yang Ingkar Lockdown Ditembak

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran kepada mereka yang melanggar perintah lockdown koronavirus.

Di mana, nyawa mereka mungkin akan melayang kerana ditembak mati.

Ini termasuk menimbulkan masalah seperti memaki hamun petugas perubatan adalah jenayah serius yang tidak boleh diterima.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Duterte berkata adalah penting semua orang bekerjasama dan mengikuti langkah kuarantin rumah.

Ini kerana pihak berkuasa cuba sedaya upaya untuk memperlambat penularan wabak dan memastikan sistem perubatan di negara Filipina tidak terlalu teruk terkesan kerana impak.

Filipina telah mencatatkan 144 kematian coronavirus dan lebih 3,900 kes yang disahkan.

Sejak tiga minggu yang lalu, jangkitan baru dilaporkan beratus-ratus kes setiap hari.

“Ia semakin teruk, jadi sekali lagi saya memberitahu anda betapa teruknya masalah ini dan anda mesti mendengar,” kata Duterte kepada seluruh rakyat Filipina.

“Pesanan saya kepada polis dan tentera … jika ada masalah dan ada insiden – di mana ada mereka melawan dan mengancam keselamatan anda, maka tembak mereka sehingga mati.”

“Adakah anda faham? Mati, bukannya menimbulkan masalah, dan saya yang akan mengebumikan kamu.”

Komen panasnya itu selepas laporan media mengenai beberapa gangguan dan penangkapan yang dibuat pada Rabu lalu.

Kejadian itu berlalu di kawasan penduduk miskin di Manila yang membantah bantuan makanan kerajaan.

Duterte juga menerima aduan dari kalangan tenaga petugas perubatan tentang stigma sosial dan kejadian serangan ke atas pekerja hospital termasuk serangan verbal dan fizikal serta diskriminasi.

Ini yang Duterte tegaskan bahawa ia mesti dihentikan. Beliau juga meminta agar mereka yang berebut-rebut ketika menerima bantuan agar tidak mengulanginya.

Kerana menurut Duterte, bantuan akan diberikan kepada semua, cuma ada bantuan yang agak lambat diagihkan.

Para aktivis membantah kenyataan Duterte ini. Mereka risau, kenyataan Duterte ini mungkin bukan gurauan atau retorik semata mata.

Duterte pernah berucap dengan nada yang sama ketika menguatkuasakan perintah menembak mati dalam kempen anti dadah.

Di mana beribu – ribu pengedar dan penagih dadah ditembak mati. Polis mengatakan tindakan mereka dalam kempen anti-dadah adalah sah.

Duterte biasanya menggunakan ucapan hiperbola untuk menggariskan maksudnya.

Ketu polis nasional Filpina pada hari Kamis mengatakan polis memahami bahwa Duterte menunjukkan keseriusannya tentang lockdown.

Beliau mahu setiap orang berdisiplin dan tidak menimbulkan kekecohan. Polis Filipina memberijan jaminan bahawa tidak ada yang akan ditembak ketika lockdown koronavirus –  kecualilah mereka memang melakukan kesalahan jenayah berat.

Bagaimana Presiden Duterte Memerangi Dadah Di Filipina

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan