Presiden Israel Jumpa Putin Demi Keamanan Dan Bantah Pencerobohan

Israel menyatakan pendirian mereka tentang pergolakan yang berlaku di Ukraine. Presiden Israel Naftali Bennet menyatakan bahawa dia sudah berjumpa dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Sejak beberapa minggu lalu, Rusia melancarkan serangan ketentraan ke atas Ukraine menerusi 3 bahagian, bermula dengan pengeboman pada dinihari di ibu negara Kyiv dan beberapa lagi bandar.

Rusia mengerahkan tentera pada skala penuh untuk operasi ketenteraan mereka.

Pemimpin Ukraine menyatakan bahawa sekurang kurangnya 40 rakyatnya terbunuh dalam serangan pertama yang mereka sifatkan sebagai sangat mengerikan.

Presiden Vladimir Putin memberikan amaran kepada negara negara lain agar jangan campur tangan atau menanggung sebab yang tidak pernah mereka saksikan dalam sejarah.

Rakyat Ukraine mulai meninggalkan beberapa bandar di negara itu. Rusia mendakwa bahawa mereka sudah melumpuhkan kesemua pertahan udara dan juga pengkalan udara Ukraine dalam masa beberapa jam.

Presiden USA, Jode Biden sudah mengisytiharkan bahwa dunia akan mengheret Rusia ke pengadilan. Setiausaha Agung Nato, Jens Stoltenberg mengecam serangan Rusia itu sebagai mencabuli udang undang antarabangsa dan ancaman kepada keamanan di Eropah.

Kementerian Luar Ukraine berkata niat Rusia adalah untuk memusnahkan negara Ukraine, sebuah negara demokrasi yang berpandangan ke Barat berhasrat untuk keluar dari gegelung Moscow.

Dan kini, presiden Israel iaitu Natftali Bennett menyatakan bahawa dia sanggup pergi ke Moscow demi keamanan. Bennett berjumpa sendiri dengan Vladimir Putin untuk membincangkan perkaran tersebut.

Dalam pertemuan itu, Bennett sedia menjadi orang tengah antara Rusia dan Ukraine. Bennet menyatakan bahawa Israel sangat sedih melihat peperangan yang berlaku dan meminta kedua dua negara menyelesaikan perkara itu elok elok tanpa melalui senjata.

Seterusnya, Bennett menyatakan bahawa Israel tidak menyokong mana mana tindakan menceroboh negara lain yang berdaulat.

Jurucakap kepada Bennet juga mengesahkan bahawa dia turut bercakap dengan presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi panggilan telefon. Membincangkan beberapa perkara yang penting antara mereka.

Pejabat kerajaan Israel menyatakan bahawa mereka sedang berusaha untuk mencapai keamanan semula di Ukraine. Israel menegaskan bahawa mereka disertai oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman, masing masing sedang menyusun langkah yang perlu.

Pertemuan Bennett dengan Putin berlangsung 3 jam. Namun tidak ada perkara yang besar dicapai dalam pertemuan itu buat masa ini.

Selain itu, Naftali Bennett turut menegaskan bahawa pertempuran di Ukraine akan memberikan kesan kepada komuniti Yahudi. Di mana Zelensky dan Bennett merupakan hanya dua berbangsa Yahudi yang menjadi presiden di dunia – menurut laporan The New York Times.

Bennett berharap Rusia memikirkan cara untuk mengelakkan lebih banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam serangan tersebut.

Sebelum berlepas ke Rusia, Bennett turut bercakap dengan presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk mengetahui bagaimana presiden Perancis itu sebelum ini berunding dengan Putin.

Putin dikenali dengan sikapnya yang sukar untuk berunding dengan mana mana pihak.

Israel sedia menyalurkan bantuan kepada Ukraine termasuk dari segi perubatan dan yang lain lain.

Selain daripada membincangkan tentang konflik semasa, Bennett dan Putin turut membincangkan rundingan nuklear Iran pada 2015.

Ramai netizen mulai menganggap Bennett sebagai sedang buat kelakar. Dia sedang cuba menyatakan pendirian bahawa mereka membantah pendudukan dan pencerobohan ke atas negara lain, sedangkan Israle melakukannya ke atas Palestine.

Dan sekarang dia pula cuba menyekolahkan Putin tentang keburukan perkara tersebut yang boleh meragut lebih banyak nyawa tidak berdosa.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai