Pundit TV Brazil Persoalkan Pemilihan Martinelli Dengan Hujah Pelik: “Dia Keluar Shopping Pun Tak Ada Orang Kenal”

Bintang Arsenal, Gabriel Martinelli dan Gabriel Jesus menerima panggilan kebangsaan untuk bermain di Piala Dunia 2022.

Ianya disifatkan oleh pundit di Brazil sebagai ‘gurauan’ dan ‘tidak menghormati bola sepak’.

Martinelli berusia 21 tahun itu termasuk dalam skuad 26 pemain Tite yang diumumkan pada Isnin lalu selepas menunjukkan prestasi terbaik untuk Arsenal musim ini.

Dalam 13 perlawanan Liga Perdana setakat kempen ini, pemain sayap itu telah mencatatkan lima gol dan dua assist.

Bagaimanapun, bekas pemain tengah Brazil, Neto menyifatkan keputusan memasukkan Martinelli berbanding Gabigol dari Flamengo sebagai ‘malapetaka’.

Bercakap mengenai Os Donos da Bola, Neto berkata: “Ini memalukan, gurauan! Saya berasa malu! Bukan kerana cerita Dani Alves. Apakah kisah Martinelli? 33 gol dalam kariernya?”

“Ini memalukan, kurang menghormati bola sepak. Melakukan ini dengan bola sepak menunjukkan bahawa anda tidak layak untuk kedudukan anda.”

Dia menambah: “Memanggil Martinelli dan tidak memanggil Gabigol adalah biadap. Keaiban terbesar dari kalangan semua panggilan kebangsaan [kali ini].”

Neto kemudian mendakwa bahawa tiada siapa yang tahu siapa Martinelli di Brazil.

Bekas pemain itu menyambung: “Memanggil Martinelli menunjukkan bahawa anda, Tite, tidak sepatutnya memegang jawatan yang anda galas sekarang, kerana anda tidak adil kepada Gabigol.”

Seterusnya Neto juga membandingkan Gabigol dengan Martinelli dari segi kejohanan yang mereka sertai. Gabriel Barbosa bermain dalam Copa Libertadores, yang ibarat UCL di Latin. Namun Martinelli menurutnya tidak bermain di UCL.

Bukan itu sahaja, dari segi populariti, menurut Neto, Martinelli tetap kalah di tangan Gabigol. Dia tidak dikenali kalau pergi membeli belah di Brazil. Macam ni pun dikira kriteria juga ke?

“Seorang pemain (Martinelli) yang menjaringkan lima gol pada musim ini, yang [kalau] berjalan di sekitar pusat membeli-belah di sini, tiada siapa yang tahu siapa dia… Dan tidak mengambil Gabigol, pemain yang menjaringkan gol gelaran kejuaraan Libertadores, yang menjaringkan 29 gol pada musim ini.”

“Apa yang telah Martinelli lakukan dalam bola sepak Eropah? Arsenal tidak beada dalam Liga Juara-Juara Eropah sekalipun. Ini adalah bencana!”

Neto kemudiannya mengecam seorang lagi rakan sepasukan Martinelli di Arsenal, Gabriel Jesus. Dia berpendapat Gabriel Jesus juga tidak layak mendapat panggilan mengatasi Gabriel Barbossa.

Dia berkata: “Berapa banyak gol yang telah dijaringkan oleh Gabriel Jesus dalam perlawanan terakhirnya? Oh, tiada.”

“Dalam Piala Dunia? Kosong. Dalam kelayakan? Kosong. Dia tidak menjaringkan gol dalam lapan perlawanan.”

Ramai yang mempersoalkan penilaian Neto. Menurut mereka, Gabigol memiliki rekod yang buruk ketika dia bermain di Eropah satu ketika dahulu.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan, kenapa dia cuma mensasarkan pemain Arsenal. Sedangkan Richarlison dan Antony pun tidak memiliki gol dan assist yang banyak musim ini.

Memang bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Harus diakui Gabriel Martinelli bermain bola sepak yang sangat baik di Arsenal ketika ini.

Seterusnya, Gabriel Jesus, walaupun tidak menjaringkan gol yang banyak namun sumbangannya dalam taktikal berpasukan mungkin menjadi faktor penting kepada pemilihannya.

Brazil diletakkan sebagai salah satu calon pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022 kali ini.

Berikut adalah senarai penuh panggilan skuad kebangsaan Brazil dalam misi mereka memburu kejuaraan dunia ke-6.

Skuad Brazil yang disahkan untuk Piala Dunia 2022

Penjaga gol: Alisson, Ederson, Weverton

Pertahanan: Danilo, Dani Alves, Alex Sandro, Alex Telles, Thiago Silva, Marquinhos, Eder Militao, Bremer

Pemain tengah: Casemiro, Fabinho, Bruno Guimaraes, Fred, Lucas Paqueta, Everton Ribeiro

Penyerang: Neymar, Vinicius Jr, Gabriel Jesus, Antony, Raphinha, Richarlison, Gabriel Martinelli, Rodrygo, Pedro

Pemain mana yang terlepas?

Pertahanan: Renan Lodi (keputusan jurulatih), Gabriel Magalhaes (keputusan jurulatih)

Pemain tengah: Philippe Coutinho (cedera), Arthur Melo (cedera)

Penyerang: Roberto Firmino (keputusan jurulatih), Gabriel Barbosa (keputusan jurulatih), Matheus Cunha (keputusan jurulatih)

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah