Real Madrid Hentikan Minat Dapatkan Mbappe Kerana 2 Sebab Ini

Real Madrid dilaporkan menghentikan minat mendapat bintag Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Menurut Diario AS, terdapt 2 sebab membuatkan Real Madrid menghentikan minat tersebut buat masa sekarang.

Real Madrid dikhabarkan tidak lagi berminat membeli Mbappe selepas mendengar kenyataan presiden PSG Nasser Al-Khelaifi.

Dalam wawancara dengan L’Equipe, Nasser Al-Khelaifi dengan tegas menyatakan tidak akan menjual Kylian Mbappe dalam waktu terdekat.

Kenyataan Nasser Al-Khelaifi itu ada kaitan dengan kontrak Mbappe yang akan tamat pada hujung musim depan.

Sehingga hari ini kontrak tersebut masih belum disambung.

“Mbappe akan kekal di Paris. Kami tidak akan melepaskan Mbappe dengan percuma.” Kata Nasser Al-Khelaifi kepada L’Equipe

“Saya tidak akan bercakap tentang rundingan. Namun saya akan pastikan rundingan kami dengan Mbappe terus berkembang.

“Saya harap kami akan menemui titik persamaan dengan segera. Pasukan mana yang boleh bersaing dengan projek PSG hari ini?

Menurut Dario AS, Florentino Perez terus mengadakan mesyuarat selepas mendengar kenyataan Nasser Al-Khelaifi.

Perez dikatakan tersinggung dengan kenyataan Nasser Al-Khelaifi bertkaitan isu Real Madrid dengan projek European Super League (ESL) mereka yang diketuai Perez.

Mancini Mahu Tebus Kegagalan Tidak Menang Apa-Apa Bersama Itali Ketika Bergelar Pemain

Faktor kedua yang membuatkan Real Madrid tidak mahu mendapatkan Mbappe adalah kerana masalah duit.

Beberapa laporan di Eropah melaporkan PSG telah menawarkan gaji sebanyak £35 juta setahun.

Real Madrid tidak mampu menawarkan gaji sebanyak itu kepada Mbappe.

Kewangan Real Madrid masih belum stabil akibat pandemik covid yang masih kekal menghantui dunia.

Buat masa sekarang Mbappe sedang bersama pasukan kebangsaan Perancis untuk menghadapi kejohanan Piala Eropah.

Pengurus negaranya, Didider Deschamp berkata Mbappe tidak mahu memikirkan perkara tersebut.

“Rumors adalah sebahagian daripada bola sepak. Mbappe tahu tentang itu. Dia sekarang bersama pasukan Perancis.- kata Deschamps kepada GOAL

“Dia akan membuat keputusan dengan segera. Sekarang dia masih mempuyai kontrak dengan PSG dan berkemungkinan kekal disana.

“Apa yang akan terjadi pada masa depan? Saya tidak tahu.

“Sekarang Mbappe sangat tenang bersama pasukan Perancis. Dia sangat fokus.”

Mbappe menarik minat dari Real Madrid, pemain ini mahu berada dalam pasukan yang boleh menang Liga Juara Eropah.

“Perkara yang saya inginkan adalah menang dan memastik ada projek yang kukuh disekitar saya.”

“Hanya satu kelab sahaja yang menang Liga Juara Eropah setiap tahun, anda perlu merasakan anda berada di dalam pasukan yang mahu menang.”

Untuk rekod, PSG sedang mengukuhkan pasukannya dengan membawa masuk pemain tengah dari Liverpool, Georginio Widjnaldum dan sedang berusaha mendapatkan penjaga AC Milan, Ganluigi Donnarumma.

Baca yang lain