Ribery: “Ballon D’Or 2013 Patut Milik Saya, Tetapi Mereka Main Politik Dan ‘Adjust’ Lagi Undian”

Franck Ribéry akhirnya membuka mulut beliau tentang ketidakpuasan hatinya ketika dia gagal memenangi Ballon d’Or 2013. Walaupun sudah 9 tahun berlalu, namun luka di hatinya masih ada lagi.

Ribery sangat kecewa kerana tidak dapat memahatkan namanya dalam senarai pemenang Ballon d’Or.

Di mana menurutnya, dia masih tidak dapat melupakan tahun 2013, apabila Cristiano Ronaldo memenangi Ballon d’Or dan pemain sayap Perancis itu gagal memenaginya, selepas musim sensasi untuk Bayern.

Kelab Bavaria itu memenangi Liga Juara-Juara, Bundesliga, Piala Jerman, Piala Dunia Kelab dan Piala Super. Ronaldo menjaringkan 55 gol dalam 55 perlawanan dan memenangi Piala Super Sepanyol.

Ribery yakin bahawa dia adalah pemenang yang mutlak. Malangnya Ballon d’Or seolah olah sudah memilih siapa pemenang yang mereka mahukan.

Ini apabila Ballon d’Or tiba tiba melanjutkan lagi tempoh undian untuk Ballon d’Or. Ribery dan rakan baiknya, Arjen Robben, kedua duanya terlepas Ballon d’or pada ketika itu.

Ribery malah menamatkan kedudukan di tangga ketiga dalam keputusan akhir Ballon d’Or 2013 di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ribery turut menyelar Ballon d’Or sebenarnya ada unsur politik yang kuat di dalamnya.

Bercakap kepada portal sukan Itali, Gazzetta Dello Sport, bekas pemain antarabangsa Perancis itu berkata: “Ia adalah tidak adil, saya mempunyai musim yang luar biasa dan saya sepatutnya menang.”

“Mereka melanjutkan masa mengundi dan sesuatu yang pelik berlaku. Saya rasa ia adalah keputusan politik”, kata pemain sayap Perancis itu.

Ribery merupakan pemain legenda Bayern Munich. Gandingan Ribery dan Robben satu ketika dahulu dianggap antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah.

Dikenali dengan gaya permainan lincah dan kreatif. Ribery dianggap salah seorang penggelecek bola terbaik pada era beliau.

Namun dalam kariernya kerap diganggu oleh masalah kecederaan.

Untuk musim kali ini, rakan senegara Ribery, Karim Benzema dianggap calon pilihan untuk memenanginya.

Ini selepas Benzema cemerlang membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara Juara Eropah pada musim lalu.

Adakah akhirnya Benzema akan memenangi Ballon d’Or?

Baca yang lain