Rice: Negara Lain Mulai Gentar Dengan England

Declan Rice meminta rakan rakannya agar tenang mengendalikan tekanan selaku negara yang menjadi perhatian lawan mereka dari negara negara lain.< Prestasi cemerlang England dalam Piala Dunia 2022 setakat ini membuahkan pemain tengah West Ham itu merasakan pasukan pesaing mereka sudah mulai merasai kegerunan melihat mereka. England baru sahaja melewatkan juara Afrika, Senegal dalam aksi pusingan 16 akhir. Dan kini England dalam perhitungan dengan Perancis dalam aksi suku akhir. Rice mahu semua pihak lebih menghormati England selaku pasukan yang digeruni lawan mereka. Ini kerana England ada segala alasan untuk menjadi pasukan ditakuti semua lawan mereka. Rice berkata: "Saya rasa negara negara lain sentiasa memerhatikan kita dan memikirkan kualiti yang kita ada dalam skuad ini." Menurut Rice, bakat pemain serangan mereka adalah sukar dipercayai sama sekali kualiti mereka. Pemain itu menambah: "Mana tidaknya kami menjadi pasukan digeruni? Jika kamu lihat barisan serangan kami. Mereka berkelas dunia. Bakat yang sukar dipercayai di dalam skuad dan pasukan ini." https://twitter.com/ESPNUK/status/1599698035210166272?t=GZcinbCjGWxNzbTXbWBMvQ&s=19 England kekal antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022. Mereka dalam misi memperbaiki pencapaian 2018, di mana mereka kandas di separuh akhir. Declan Rice sendiri menjadi antara pemain penting dalam skuad England pada kali ini. Dia bermain di posisi tengah. Peminat England benar benar yakin bahawa Football is coming home pada kali ini.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.