Richarlison Luah Rasa Kecewa Ramsdale Bersikap Biadap

Richarlison akhirnya membuka mulut untuk memberikan komen tentang insiden dia menunjal kepala Ramsdale.

Insiden berlaku selepas wisel penamat perlawanan Derbi London antara Tottenham dan Arsenal.

Di mana pasukan pelawat, Arsenal telah berjaya memenangi perlawanan dengan skor 2-0. Sekaligus melebarkan jurang mata pendahuluan kepada 8 mata.

Gol Arsenal terhasil daripada gol sendiri Hugo Lloris dan gol oleh Martin Odegaard.

Bercakap kepada wartawan Brazil, Richarlison menyatakan dia benar benar kecewa dengan sikap Aaron Ramsdale yang menurutnya biadap dan tidak menghormati orang.

Richarlison meminta maaf kerana mengganggu Martinelli dan turut meminta maaf kepada Gabriel Magalhaes. Namun dia mempertahankan tindakan agresifnya ke atas Ramsdale.

Menurut Richarlison, dia berbuat begitu kerana Ramsdale yang memulakannya dahulu.

Dia menuduh penjaga gol Arsenal itu bersikap provokatif.

“Dia meraikan kemenangan di hadapan penyokong kami, tindakan itu biadap, tidak menghormati orang lain.”

Arsenal kini meneruskan prestasi cemerlang mereka dalam usaha untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2022/23.

Mereka berjaya menggunakan kesempatan selepas kekalahan City sebelum ini dengan kemenangan bermakna ke atas Spurs.

Selepas ini Arsenal akan berdepan pula dengan Manchester United. Di mana kedua dua pasukan dalam prestasi terbaik pada masa ini.

Baca yang lain