Robinho: Daripada ‘Star’ Rebutan Barca & Real – Kini Berstatus Perogol Mengelak Hukuman Penjara Di Itali

Bekas bintang Brazil Robinho dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun setelah Mahkamah Rayuan Itali menolak rayuan penyerang berusia 36 tahun itu.

Dipetik dari Marca dan Football Italia, Mahkamah Rayuan Itali mengesahkan hukuman penjara sembilan tahun untuk Robinho.

Namun, bekas pemain Real Madrid, AC Milan dan Manchester City itu tidak akan menjalani hukuman penjara kerana dia masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.

“Sistem pengadilan Itali mempunyai sistem rayuan empat Fasa, jadi Robinho tidak dipaksa terus masuk penjara,” tulis Football Italia.

Kes rogol yang melibatkan Robinho dan rakannya, Ricardo Falco, berlaku pada 22 Januari 2013 di sebuah kelab malam di Milan, Itali. Pada masa itu Robinho masih bermain untuk AC Milan.

Robinho dan Falco, bersama dengan empat lelaki lain, didakwa memperkosa secara berkumpulan seorang wanita Albania berusia 23 tahun di kelab malam.

“Hukuman ini adalah contoh perlindungan bagi wanita dan menunjukkan sistem pengadilan berfungsi, bila diperlukan,” kata Jacopo Gnocchi, yang bertindak sebagai peguam mangsa.

Akhbar Globo menyatakan Robinho menghina, memperlekeh dan merendah rendahkan mangsa rogolnya itu yang ketika itu berusia 23 tahun di Milan. Wanita Albania itu diperkosa pada majlis harijadinya.

Bukti terbaru menyatakan bahawa Robinho ada menghubungi dan menghantar mesej kepada perempuan tersebut. Tetapi Robinho menyatakan bahawa perempuan itu mabuk teruk pada malam itu.

Robinho telah menafikan tuduhan rogol itu. Selain dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun, Robinho juga harus membayar €60,000 sebagai ganti rugi kepada mangsa.

Robinho menyatakan dia tidak pernah merogol sesiapa, dan dia mengakui meniduri wanita itu atas persetujuan bersama.

“Dia mabuk masa tu, dia menghampiri saya. Kami saling ‘bersentuhan’, itu pun atas persetujuan bersama.”

“Saya menyesal kerana curang dengan isteri saya pada masa itu. Namun benda tu berlaku 2013 yang lalu. Dan saya sudah berubah menjadi lebih baik selepas 7 tahun.”

Kes rogol ini juga membuatkan Robinho kehilangan kontraknya dari Santos, yang telah merekrutnya pada Oktober 2020.

Perpindahan Robinho ke Santos telah dibatalkan. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut kerana Robinho yang sebelum ini terlibat dalam kes rogol di Itali.

Perpindahan Robinho ke Santos telah disambut dengan meriah oleh kelab. Ini kerana bekas pemain Manchester City itu menerima gaji yang sangat rendah dari kelab Brazil.

Kontrak dibatalkan

Robinho hanya memperoleh gaji  sekitar £207 sebulan, sekitar RM1,110. Gaji minimum di Brazil. Pemain berusia 36 tahun itu bersedia menerima kontrak rendah kerana keadaan kelab yang sukar dan mahu membantu dari segi publisiti selain daripada aksi atas padang.

Bagi Robinho, perpindahan ke Santos akan menjadi yang keenam dalam kariernya. Sebelum menandatangani kontrak dengan Santos, Robinho bermain dengan Istanbul Basaksehir dalam dua musim terakhir.

Baru seminggu Robinho diumumkan sebagai pemain Santos yang baru pada 10 Oktober lalu, bekas bintang Real Madrid itu telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya di Santos.

Menurut laman web rasmi Santos, kelab itu mahu Robinho terlebih dahulu menyelesaikan kes undang-undang yang melibatkannya.

Robinho ketika terlibat dalam pertuduhan pemerkosaan di Itali.

“Sehingga pemain dapat memberikan konsentrasi secara eksklusif kepada isu mempertahankan diri dalam proses yang sedang berlangsung di Itali,” tulis laman web rasmi Santos.

Sementara itu, sumber lain mengatakan bahawa kontrak Robinho ditamatkan kerana tekanan daripada penaja.

Santos kini ditaja oleh Orthopride, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian.

Orthopride tidak mahu imej mereka rosak akibat kes yang kini memusingkan Robinho. Sementara itu, Santos sangat memerlukan dana daripada penaja kerana kewangan kelab sukar musim wabak ini.

Robinho didapati bersalah oleh mahkamah di Itali pada tahun 2017. Pada masa itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun kerana didakwa kes rogol berkumpulan yang dilakukan pada tahun 2013.

Robinho tidak menjalani hukuman itu. Kerana, ketika hakim membuat keputusan, Robinho berada di Brazil. Sementara itu, tidak ada aturan hukum yang memungkinkan pengadilan di Itali mengekstradisi Robinho dari Brazil.

Tetapi Globo menyatakan buat masa ini tiada tanda tanda perkara itu akan berlaku.

Bintang rebutan yang kini berstatus perogol

Pada awal 2000-an, Real Madrid bersaing dengan banyak kelab lain untuk membeli Robinho. Real Madrid berjaya mendapatkan Robinho dari Santos pada tahun 2005.

Menurut Globo Esporte, syarikat A Orthopride telah menamatkan kontrak penajaan mereka dengan Santod kerana kelab itu menandatangani semula Robinho.

Pembatalan tajaan itu sebagai solidariti dan tanda menghormati wanita yang selama ini antara pelanggan setia yang membeli produk mereka.

Kejayaan Santod mendapatkan Robinho dianggap berita baik kepada kelab sebelum ini. Selepas mereka berdepan dengan masalah kewangan dan kini mereka mendapatkan salah seorang bintang paling popular dalam sejarah mereka.

Robinho juga dilaporkan menerima minimum sahaja di Santos untuk membantu kelab tersebut.

Robinho telah tanpa kelab sejak meninggalkan pasukan Turki – Istanbul Basaksehir – pada Ogos.

Bercakap kepada wartawan, Robinho menyatakan beliau sangat gembira untuk kembali semula ke tempat yang beliau sangat kenal dan selesa.

Robinho berkata: “Ini sentisa menjadi rumah saya.”

“Objektif saya adalah untuk membantu pasukan ini di dalam dan di luar padang. Mahu membantu Santos menamatkan saingan di kedudukan setinggi yang boleh.”

Robinho pertama kali meninggalkan Santos untuk pergi ke Real Madrid. Namun selepas itu beliau menyertai pasukan yang baru diambil alih ketika itu iaitu Manchester City pada 2008.

Beliau kembali ke Santos dua kali selepas itu secara pinjaman pada 2010 dan 2014. Robinho bermain 4 musim bersama AC Milan dan kemudian ke China dan Turki.

Kelab Brazil terakhir beliau adalah Atletico Mineiro pada musim 2016 dan 2017.

Robinho memenangi 2 kejuaraan liga bersama Santos, bermain 100 penampilan untuk kelab itu di antara 2003 sehingga 2017 dan menjaringkan 23 gol.

Namun Santos kini berdepan dengan masalah yang mereka tidak sangka. Di mana ada penaja yang menarik dan membatalkan tajaan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Robinho.

Pada 2017, pemain itu disabitkan dengan kesalahan rogol berkumpulan di Itali. Dan dijatuhi hukuman penjara 9 tahun.

Namun Robinho mengelak hukuman tersebut dengan mengelak untuk pergi atau kembali semula ke Itali.

Orthopride, sebuah syarikat yang menjadi penaja Santos memberikan tekanan kepada kelab itu pada ketika itu: “Kami sangat menghormati sejarah Santos. Tetapi pada masa ini kami memutuskan untuk menamatkan kontrak penajaan.”

“Pelanggan kami kebanyakannya adalah wanita dan, dengan hormat kepada wanita yang menggunakan produk kami, kami harus membuat keputusan ini. Kami ingin menjelaskan bahawa kami sebelum ini tidak diberitahu mengenai pengambilan Robinho, berita itu mengejutkan kami pada hujung minggu “, kata Richard Adam, pengarah operasi syarikat ini.

Menurut media sukan Brazil, tidak ada penaja kelab yang diberitahu mengenai rundingan dengan Robinho dan sekarang mereka semua akan menginginkan penjelasan mengenai situasi hukuman Robinho, kerana jenama mereka kini akan dikaitkan dengan pemain bola sepak berusia 36 tahun yang telah mengelak hukuman penjara di Itali.

Syarikat seperti Umbro Brasil atau Tekbond, penaja penting Santos, telah menyatakan bahawa mereka menolak sebarang jenis keganasan dan bahkan telah menyatakan keprihatinan mereka kepada kelab. Santos kini berdepan risiko untuk hilang tajaan lebih besar.

Menteri Wanita, Keluarga dan Hak Asasi Brazil, Damares Alves meminta kerajaan Brazil memenjarakan segera Robinho.

Itulah kisah Robinho yang kini hidup dalam cemuhan masyarakat. Daripada seorang bintang global kini dia mengelak penjara di Itali.

Tetapi sehingga ke hari ini Robinho menafikan tuduhan itu.

Baca yang lain