Rodri Dedahkan Cara Haaland Beradaptasi Di City, Dan Persamaannya Dengan Messi Dan Ronaldo

Nama Erling Haaland serta-merta terus menempa kejayaan besar di Manchester City. Rodri mendedahkan bahawa Haaland mempunyai persamaan dengan dua pemain sensasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Mesin gol dari Norway itu menyertai Man City selepas meninggalkan Borussia Dortmund. Pada musim sulungnya, Haaland menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan untuk membawa The Citizens menjadi pemenang treble pada 2022/23.

Haaland meneruskan ketajamannya pada separuh pertama musim ini. Haaland mencatatkan jumlah 19 gol dengan tambahan lima bantuan dalam 22 perlawanan. Walaupun Haaland telah diketepikan sejak awal November kerana kecederaan buku lali.

Rodri berkata bahawa Erling Haaland lebih memahami gaya permainan Manchester City. Pemain antarabangsa Sepanyol itu memuji mentaliti Haaland yang dikatakan seperti Ronaldo dan Messi.

“Pada mulanya, saya perasan dia sangat risau. Dia faham kami adalah pasukan yang berbeza dan dia sudah tahu dia tidak akan banyak terlibat [dalam permainan], dia perlu menunggu masa untuk menyudahkan peluang,” tegas maestro Sepanyol itu.

“Itu adalah perkara yang anda perlu lakukan untuk menyesuaikan diri dan belajar daripadanya. Sekarang dia lebih positif.”

Rodri kemudian berkongsi cara Haaland berlajar untuk memahami cara permainan Man City. Di mana ketika itu dia tidak mahu pemain pemain City yang belajar tentang cara permainannya. Sebaliknya dia meminta pemain pemain lain bermain seperti biasa, dan dia mahu menyesuaikan dirinya.

Rodri menambah: “Dia berkata: ‘Rodri, kawal permainan, kawal permainan, lupakan saya’ Ini bermakna dia memahami pasukannya. Dia telah banyak meningkat dalam menerima hantaran dan mencari ruang.”

“Kami tidak boleh lupa bahawa dia masih lagi seorang pemain berusia 22 atau 23 tahun dengan rasa ingin tahu pada usianya. Dia sangat baik, sangat ceria, dia banyak bercakap tentang segala-galanya, dia memang seorang yang sangat bijak.”

“Dan yang paling penting, dia mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri, untuk sentiasa bersedia. Dalam hal itu, dia mengingatkan saya kepada Cristiano dan Messi,” kata Rodri mengenai Erling Haaland.

Erling Haaland antara nama yang dianggap bakal menjadi pemenang Ballon d’Or di masa hadapan bersaing dengan bakat seperti Kylian Mbappe.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai