Ronaldo Mahu Ke Bayern Ganti Lewandowski

Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu ke Bayern Munich berbanding dengan kelab lain yang berminat ke atasnya. Setakat ini ada beberapa kelab dikaitkan dengan Ronaldo, termasuk Chelsea, AS Roma dan Napoli, dan sudah tentu Bayern.

Kenapa Bayern?

Bayern menepati segala kriteria dimahukan Ronaldo. Pasukan yang bermain di UCL, dan boleh dikatakan, 1 piala domestik dalam tangan setiap musim di Jerman.

Selain itu Ronaldo yakin dia akan menjadi pengganti paling cocok untuk Robert Lewandowski yang mahu ke Barcelona.

The Times melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo telah meminta untuk dibenarkan meninggalkan Manchester United sekiranya kelab Liga Perdana Inggeris itu menerima ‘tawaran yang memuaskan’ dalam beberapa minggu akan datang.

The Times turut mendedahkan bahawa keputusan pemenang Ballon d’Or lima kali itu didorong oleh keinginan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada baki kariernya.

Malah, Ronaldo, 37, percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi untuk bermain di peringkat tertinggi.

Dengan penyerang berpengalaman itu menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya di Manchester United, masa depannya di Old Trafford telah di bawah spekulasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bulan lalu, ejen penyerang itu dilaporkan mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan perpindahan dengan pemilik Chelsea, Todd Boehly. Di mana Mendes cuba menawarkan peluang kepada Chelsea untuk mendapatkan Ronaldo.

Menurut The Athletic, Boehly bertemu Jorge Mendes di Portugal dan idea Ronaldo membuat perpindahan mengejut ke Stamford Bridge pada musim panas ini adalah antara topik perbualan semasa pertemuan itu. Namun idea itu tak disenangi oleh Man United. Dan Ronaldo tidak memberikan sebarang komen tentangnya.

Bayern Munich juga telah dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 37 tahun itu pada musim panas ini. Malah, Ronaldo ditawarkan kepada juara Bundesliga itu oleh ejennya Jorge Mendes. Perkara itu disahkan oleh laman sukan Jerman Sport1, yang mendakwa selepas perbincangan dalaman, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Oliver Kahn dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic’.

Namun Bayern terus menarik diri kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Ditambah pula, Julian Nagelsmann tidak menjadikan pemain seperti Ronaldo sebagai sasarannya.

Dan nampaknya ejen Ronaldo, Mendes telah mencari tempat lain juga. Bulan lalu, outlet Itali La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Mendes menawarkan Ronaldo kepada pasukan Serie A AS Roma, yang diuruskan oleh bekas bos dia di Real Madrid, Jose Mourinho.

Sumber yang setaraf Fabrizio Romano, David Ornstein juga mengesahkan laporan itu. Dia menyatakan bahawa Napoli antara kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Ronaldo.

Namun laporan yang sama menyebut bahawa Manchester United ketika ini kekal dengan pendirian mereka bahawa Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual. Di mana United sedia mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya tamat.

Ronaldo ke Bayern?

Jika diikutkan, Bayern pastinya akan mendapat pengganti terbaik untuk Lewandowski. Sebelum ini Bayern menolak idea mendapatkan Ronaldo kerana gaji dia yang sangat tinggi.

Tetapi perkara itu mungkin boleh diselesaikan jika Ronaldo menerima pengurangan gajinya. Pada ketika ini Ronaldo menerima GBP510k seminggu di Old Trafford. Menjadikannya penerima gaji tertinggi di EPL.

Nagelsmann juga akan memainkan pernan penting dalam perpindahan ini. Sebelum ini pengurus Bayern itu tidak berminat dengan perpindahan Ronaldo kerana dia sudah ada senarai sasaran dia sendiri.

Tetapi dia mungkin boleh mengubah keputusannya jika kelab berjaya memujuk Ronaldo untuk menerima pengurangan gaji.

Ronaldo akan menjadi nama penting,  bukan sahaja di atas padang, namun untuk publisiti Bayern Munich.

Namun begitu Man United tidak mahu menjual Ronaldo dan berharap pemain itu akan melapor diri pada Isnin ini untuk pra musim. Erik Ten Hag menganggap Ronaldo adalah pemain penting dalam projeknya.

 

Baca yang lain