Rossi: “Insiden Sepang, Saya Takkan Maafkan Marquez, Dia Bukan Lawan Terkuat Saya”

Valentino Rossi secara terbuka menyatakan bahawa Marc Marquez bukanlah lawan terkuat yang pernah dihadapinya di arena MotoGP.

Namun, Rossi tidak menafikan kekuatan Marc Marquez untuk menjadikannya salah seorang pelumba paling berjaya di MotoGP hari ini.

Semua kita tahu Marc Marquez telah menikmati karier yang hebat di pentas MotoGP. sejak debutnya pada musim 2013. Di mana The Baby Alien segera memenangi kejuaraan.

Prestasi luar biasa Marquez berlanjutan ke musim-musim berikutnya. Sehingga kini, pelumba Sepanyol itu telah memenangi total enam gelaran di kelas premium MotoGP.

Melihat kepada pencapaian Marquez, Valentino Rossi juga mengakui kehebatan  pelumba  tersebut.

Malah, Rossi benar-benar yakin Marquez mampu menunjukkan persembahan yang luar biasa setelah kembali berlumba di MotoGP selepas pulih daripada kecederaan serius.

Ramai berpandangan bahawa, Marquez merupakan seteru utama Rossi dan  lawan yang paling sukar buat Rossi.

Di mana  Marquez mengganggu dominasi Rossi yang ketika itu berada dalam peak beliau.

Namun begitu, Rossi menegaskan bahawa dia tidak menganggap Marquez sebagai lawan terkuat sepanjang kariernya sebagai pelumba.

Rossi enggan maafkan Marquez

Masih ada beberapa nama lain lagi yang dianggap oleh The Doctor -sebagai lawannya yang paling sukar dan sukar. Namun malangnya Rossi enggan mendedahkan nama nama mereka.

“Marquez bukan lawan terkuat yang pernah saya temui,” kata Rossi kepada Speedweek.

Bercakap tentang insiden kontroversi pada 2015 di Litar Sepang, Rossi menyatakan dia tidak akan memaafkan Marquez.

“Sukar untuk saya memaafkan apa yang Marquez lakukan kepada saya masa itu. Bila imbas kembali perasaan saya masa itu, tetap sama dengan apa yang saya rasa hari ini.”

“Dan selepas enam tahun, saya tak rasa perasaan itu akan berubah.”

Marquez mangsa kesilapan orang lain

Rossi kemudian  menegaskan bahawa Marc Marquez akan kembali kuat seperti biasa selepas kembali. Dan berpendapat kesilapan pasukan Honda membenarkan Marquez berlumba ketika cedera adalah sebab kenapa  kecederaan seterunya itu lebih serius.

“Saya  rasa satu kesilapan besar mereka  membenarkan Marc kembali berlumba selepas pembedahan. Saya tak faham, macamana mereka membenarkan perkara itu berlaku. Dr. Costa bukan  calang  calang. Dia pakar dalam bidang ini dan merevolusikan kaedah perubatan [berkaitan kecederaan  sukan pemotoran].”

“Saya turut sedih melihat dia tak dapat berlumba. Adakah dia dalam keadaan baik baik? Kita tak tahu, mungkin dia sendiri  pun tak tahu.”

“Saya  yakin, selepas dia [Marc Marquez] pulih sepenuhnya, dia akan sekuat dirinya seperti sebelum ini,” kata juara dunia 9 kali itu.

Melanjutkan kariernya

Rossi akan terus berlumba untuk musim ke-26  dalam kariernya. Ini selepas The Doctor menandatangani kontrak dengan Petronas SRT.

Rossi akan bergandingan dengan  Franco Morbidelli. Dan SRT  menyatakan gandingan kedua dua pelumba itu akan mampu menghasilkan juara dunia daripada pasukan satelit tersebut.

Beberapa minggu lalu, Prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali optimis pelumba pasukan berkenaan, Franco Morbidelli mampu mengungguli Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Katanya sasaran tersebut mampu dicapai pelumba kelahiran Itali itu yang mempamerkan kebangkitan mendadak dengan meraih kedudukan kedua keseluruhan pada musim lalu dengan kutipan 158 mata daripada 14 perlumbaan walaupun bergelut meraih kedudukan podium dalam beberapa pusingan awal perlumbaan.

“Pada awal tahun lepas, dia (Morbidelli) tak nampak konsisten disebabkan jentera yang bermasalah dan dia mengalami kemalangan pada perlumbaan di Austria yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi dia.

“Tapi dia lebih konsisten berbanding prestasi pelumba lain dan sebab itu, beliau mampu menduduki tangga kedua (keseluruhan pada musim lepas) dan jika dia tidak berdepan masalah teknikal (pada musim ini), dia boleh jadi juara dunia,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Razlan percaya Morbidelli bakal ditawarkan kontrak menyertai pasukan pengilang seperti Ducati dan Honda pada 2022 sekiranya pelumba berkenaan muncul juara dunia MotoGP pada musim ini.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Morbidelli pada 2022 perlu membayar pampasan yang bersesuaian kepada Petronas Yamaha SRT memandangkan pelumba berkenaan telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022.

Morbidelli meraih kemenangan pada tiga perlumbaan iaitu Grand Prix (GP) San Marino, GP Teruel dan GP Valencia, selain turut meraih kedudukan podium pada GP Republik Czech dan GP Portugal.

Pelumba berkenaan bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi daripada pasukan Monster Energy Yamaha bagi saingan MotoGP musim ini.


 

Baca juga: “Insiden Sepang Clash Adalah Kehendak Marquez Kerana Dendam Pada Rossi”

Ayah Jorge Lorenzo, Chicho Lorenzo, telah berkongsi pandangannya mengenai konflik yang terjadi di antara Marc Marquez dan Valentino Rossi pada perlumbaan MotoGP Malaysia 2015.

Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) dan Marc Marquez (Repsol Honda) menjadi dua watak MotoGP yang selalu mengundang perhatian peminat.

Selain menunggu aksi mereka di litar, aksi panas dan kontroversi kedua dua mereka juga kerap ditunggu oleh peminat.

Chicho Lorenzo percaya bahawa peristiwa lima tahun lalu ketika di Sepang telah menjadi bukti kepada kemarahan Marquez kepada Rossi dan bertekad mahu menghancurkan The Doctor dengan apa jua cara sekalipun.

Hingga saat ini pun, masih ramai pihak yang tidak pasti sama ada mereka sudah betul-betul berbaik atau sebaliknya.

Berbalik kepada insiden pada MotoGP 2015, Valentino Rossi tengah bersaing hebat dengan rakan sepasukannya ketika itu, Jorge Lorenzo, untuk meraih gelar juara dunia.

Namun, usaha Rossi untuk menambah koleksi kejuaraan dunia MotoGP-nya kandas setelah didapati bersalah atas insiden di Sepang yang melibatkan dirinya dan Marquez.

Pelumba bergelar The Doctor itu didapati sengaja menendang motor Marquez ketika mereka tengah bersaing rapat pada perlumbaan MotoGP Malaysia 2015.

Kesannya, Marquez telah terjatuh dari motornya pada pusingan ketujuh.

Insiden itu yang kemudian dikenali dengan nama Sepang Clash ini pada akhirnya membuatkan Rossi dijatuhi hukuman berat.

Dianggap bersalah, Pengarah Perlumbaan MotoGP mengenakan hukuman dengan mengarahkan Rossi bermula dari petak paling belakang pada perlumbaan terakhir di Valencia, Sepanyol.

The Doctor tetap berjaya menunjukkan kehandalannya menunggang motor ketika itu apabila berjaya menamatkan saingan di tangga keempat.

Tetapi keputusan itu tidak cukup untuk membantunya mengatasi Lorenzo.

Meskipun sudah lima tahun berlalu, skandal itu tidak mudah dilupakan, termasuk bagi ayah Jorge Lorenzo, Chicho Lorenzo.

Dalam satu wawancara, Chicho Lorenzo mengatakan bahawa insiden Sepang Clash itu menjadi bukti bahawa Marc Marquez ingin menghancurkan karier Valentino Rossi.

Beliau menuduh apa yang berlaku ketika itu adalah ‘kehendak’ Marquez sendiri yang dari awal memberikan tekanan kepada Rossi agar pelumba itu hilang fokus.

“Marc Marquez secara penuh fokus ingin menghancurkan karier Valentino Rossi dan menghancurkan peluang Rossi untuk memenangi gelaran juara dunia,” kata Chicho Lorenzo, kepada laman Corsedimoto.

“Strategi yang dilakukannya itu benar-benar merupakan strategi balas dendam,” tambah beliau lagi.

Lebih lanjut, Chicho Lorenzo menilai apa yang dilakukan oleh Marquez saat itu adalah kerana kebenciannya terhadap Valentino Rossi.

“Marc Marquez telah menunjukkan kebencian terhadap saingannya itu dan dia rela melakukan strategi seperti yang dia lakukan kepada Valentino Rossi pada perlumbaan MotoGP Malaysia 2015,” jelas Chicho Lorenzo.

Sumber: Motorcycle Sports

Baca yang lain