Rossi Tetap Raikan Kemenangan Di Seksyen Penyokong: “Kerana Ini Jerez”

Valentino Rossi berjaya menamatkan saingan GP Andalusia di tangga ketiga dan menaiki podium.

Sekaligus berjaya mengakhiri kemarau tanpa podium beliau sejak kali terakhir di GP Amerika tahun lalu.

Rossi ternyata gembira dengan kejayaan itu dan menyatakan bahawa beliau masih belum mahu menyerah dalam arena perlumbaan.

Salah satu perkara yang menarik perhatian umum adalah keraian Rossi di seksyen penonton di Jerez meskipun ianya tiada penonton.

Rossi memberhentikan motosikalnya dan kemudian mengangkat tangan meraikan podium.

Ditanya tentang keraian tersebut, Rossi menyatakan beliau tahu memang tiada penyokong di situ. Namun beliau percaya semangat mereka akan sentiasa ada.

Wartawan kemudian mengusiknya, adakah beliau masih teringat dengan keraian ketika masuk ke tandas pada satu ketika dahulu.

Rossi juga menegaskan: “Rasanya tempat itu adalah tempat salah satu keraian terhebat saya,” jelas Rossi sambil ketawa.

Beliau berjenaka tentang detik keraian beliau di Jerez – di mana beliau terpaksa bergegas ke tandas. Valentino Rossi ternyata masih mengingati tempat tersebut.

 

“Apabila anda berlumba di Jerez kamu harus meraikannya di sana [bersama penonton]. Namun memang agak pelik sebab, tiada orang di sana, tapi mengapalah, saya menikmatinya.”

“Nantilah saya peluk orang, apabila saya tiba di rumah. Tetapi pada malam Jumaat tu baru saya kata, ya ya saya nak berlumba.”

Ditanya tentang komen di mana ada beberapa pihak menyatakan bahawa beliau sudah tidak relevan. Malah ada yang menganggap Rossi sengaja mencari alasan, sedangkan tiada masalah mekanikal.

Pelumba yang sudah berusia 41 tahun itu menyatakan: “Saya tak akan berhenti hanya kerana ‘malapetaka’ seperti minggu lalu. Saya tak akan berhenti untuk alasan seperti itu.”

“Orang yang berkata begitu, mereka tak kenal saya.”

“Namun pada satu sisi, saya faham, saya seorang yang lantang mengkritik [dan ia membuatkan saya dikritik kembali].”

“Saya harus menjadikannya [kritikan] sebagai satu motivasi.”

Dalam aksi GP Andalusia semalam Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tangga ketiga di belakang juara Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) – sekaligus mencipta podium all yamaha buat pertama kali sejak 2014.

Rossi menganggap minggu ini jauh lebih baik kerana pasukan beliau membantunya memperbaiki prestasi motosikalnya.

“Minggu lalu sangat teruk. Sampaikan saya rasa nak tarik diri minggu ini dan menonton di rumah,” tegas Rossi.

Adakah Valentino Rossi akan kembali menjadi pencabar kejuaraan pada tahun ini?

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.