Sadio Mane Nikahi Aisha Tamba Yang Tiada Akaun Media Sosial

Kapten Senegal, Sadio Mane, akhirnya mengikat ikatan perkahwianan dengan kekasihnya, Aisha Tamba, dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Dakar, Senegal pada Ahad, 7 Januari.

Ini hanya enam hari sebelum Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 yang bermula di Ivory Coast pada hari Sabtu, 13 Januari.

Pemain Al Nassr itu kini sudah pun berada di kem pasukan bersama rakan sepasukannya dari Senegal menjelang kejohanan AFCON 2023 akan datang.

Mane turut mempersembahkan stadium yang dibinanya di kampung halamannya – Bambali – sebelum memulakan tugasnya di AFCON.

Menurut laporan, penyerang Al Nassr berusia 31 tahun itu mulai bercinta Aisha Tamba, kira kira 2 tahun lalu. Di mana Alish ketika itu berusia 16 tahun tetapi.

Mane terus mengikat sebarang ikatan dengan Aisha memandangkan gadis itu masih di bawah umur.

Dan selepas gadis remaja itu memasuki usia 18 tahun, Sadio Mane kembali mendekatinya dan terus melamar gadis itu.

Dalam catatan yang dikongsi oleh jurugambar Senegal, Magvision, Aisha Tamba dilihat bergambar dengan gaun putihnya dan Mane memakai pakaian tradisional Arab putih.

Dalam satu lagi video yang dikongsi oleh stesen TV Senegal, Dakar Live, Aisha Tamba sedang diiringi ke dalam kenderaan sementara ahli masyarakat berkumpul di sekelilingnya.

Aisha Tamba dilahirkan di Casamance, sebuah bandar yang bersempadan dengan Bambali, kampung yang berasal dari Mane.

Aisha Tamba diketahui berlatar belakang dari keluarga sederhana dan menariknya, dia tiada di laman sosial.

Pada tahun 2022, Sadio Mane bercerita tentang wanita ideal yang akan dikahwininya. Dia menyatakan bahawa beberapa wanita telah bertanya kepadanya tentang status hubungannya dan mengapa dia tidak berkahwin, bagaimanapun, dia akan berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai akaun media sosial dan seorang yang taat kepada agama. Dia berkata (melalui Tribuna):

“Saya telah melihat ramai gadis bertanya kepada saya mengapa saya belum berkahwin, tetapi maaf anda mungkin membuang masa anda. Wanita yang saya nikahi tidak akan berada di rangkaian media sosial,” kata Mane,

“Saya mahu berkahwin dengan wanita yang menghormati Tuhan dan berdoa dengan baik. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membuat pilihan cinta mereka,” tambah Mane.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai